Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 14, 2011

elak perbuatan fitnah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam mengambil iktibar dari al-Quran dengan tidak melakukan fitnah bagi mengelak azab di dunia mahupun akhirat.
Memetik surah An Nur ayat 19, Ketua Umum KEADILAN itu percaya fitnah yang dihadapi beliau akan lenyap hasil pertolongan-Nya.
“Insya-Allah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari pesan al-Quran,” katanya pada perutusan sempena sambutan Maudidur Rasul.
Anwar berkata, kesabaran Rasulullah dan Saidatina Aishah berdepan tohmahan besar, memperkukuh iltizam beliau dan ahli keluarga sambil tidak lekang mengharap pertolongan-Nya.
“Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilempar kepada  Saidatina Aishah.
“Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah SWT,” katanya .
Beliau berkata, membaca sirah Nabi memberi ketenangan kepadanya ketika terus ditohmah dengan rekayasa fitnah, apabila merenung kesabaran Rasulullah berdepan dugaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular