Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 4, 2011

Rogol Amah : Di mana mereka?




Ketika Bung Mokhtar sedang dibicarakan di Mahkamah Rendah Gombak Timur pada pertengahan bulan Mei 2010 yang lalu (kalau dah lupa sila baca di SINI) atas tuduhan berpoligami tanpa kebenaran.

Muncul beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad.

NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) itu telah mengadakan demo diperkarangan Mahkamah mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Sekarang kemanakah pula mereka menghilang bila satu isu yang hangat diperkatakan sekarang mengenai laporan seorang Menteri merogol amahnya disebarkan diserata blog.

Tidakkah mereka mahu melihat laporan tersebut dan mengadakan demonstrasi sekali lagi bagi mendesak Menteri yang namanya kelihatan dalam laporan itu meletakkan jawatan pula?

Bagaimana pula dengan Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang diamanahkan untuk memelihara kesejahteraan? Kenapa berdiam diri pula?

Sudahlah dalam isu wanita kaum Penan beliau tidak tegas serta berdolak dalik mengenai permasalahan tersebut, kali ini hendak berdiam diri juga?

Laporan kes rogol Wanita Penan sila lihat di (SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular