Oleh: Pria Malaya
Berita ini menggegarkan tanah air Disember tahun lalu..namun sehingga kini yang tertuduh tidak tampil membersihkan diri, sementara blogger Umno dan PR semakin rancak memperkatakan perihal ini..
Bak kata seorang blogger pro-Umno, Kedah Times.com:
"Ini Kedah Times petik dari House PK. House PK juga kurang pasti kesahihannya. Maka House PK memohon tuan punya tubuh badan memberi penjelasan. Kerana ianya melibatkan bekas ahli Parlimen Padang Terap, Kedah, maka Keda Times juga ingin mendapat kepastian dari tuan empunya tubuh badan.Hari ini, sempena tahun baru 2011, sebuah lagi blog pro-Umno telah menghidupkan kembali isu ini, blog "sungguhka.blogspot.com" antara yg dikenalpasti...penulis yakin, isu ini akan menjadi 'isu berantai' khususnya dikalangan penyokong2 Umno di Selangor dan Kedah...
Jika tidak benar, harap nafikan. Jika dibiar menjadi teka teki, ianya boleh memakan diri dang juta organisasi yang disertainya. Bola tanggung untuk pembangkang. Tambahan orang KEdah ini adalah Pegawai Khas PM di Kedah. Sila tampil beri penjelasan!"
Hal ini tidak pelik berikutan wujudnya kepuakan Umno di negeri2 terbabit..kumpulan masing2 akan cuba mengangkat diri, dlm masa yang sama cuba menjatuhkan lawan, sehinggalah segala cerita rahsia dan aib mula dibuka satu persatu..pergeseran dikalngan mereka ibarat 'membuka pekung di dada' sendiri..
Akhir kalam..suka penulis tegaskan disini, ini bukan tuduhan Pakatan Rakyat, tetapi ini adalah pendedahan dari orang Umno sendiri..memetik kata2 dalam artikel ini, "Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan"...sama2 kita tunggu reaksi yang berhormat, pegawai Najib, dan nama-nama yg disebutkan diatas..wallahua'lam.
Skandal Timbalan Menteri Dengan Pegawai Khas PM.......?
Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.
4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?
Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.
Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?
(YB Noriah Kasnon merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor dari UMNO...)
Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, janda anak 5.
Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat Kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.
Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.
Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.
Noriah mesti keluar menyatakan adakah dia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan.
Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.
Di Kedah dah tak laku, ada hati nak kacau negeri orang.
Dato Paduka Ahmad Bashah harus ingat dan berhati-hati dengan manusia macam ni. Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang hangpa (Dato Paduha Bashah, Dato Ghazali, Ali Yahya (KB Sg Petani), dan Rahman (KB Pdg Serai) bincangkan di Seri Pasific baru-baru ni.
Sumber gambar: sungguhka.blogspot.com