Mungkinkah KJ sedang diinterbiu berkenaan pisang di belakangnya? - Gambar Google Images
Assalamu'alaikum.
Kecoh lak pasal KJ nak bersara. Apa mender la parti ketuanan melayu tu, habis madu sepah dibuang. Kita pun maklum penyisihan dan peminggiran KJ sejak PRU 2008.
Takpe la KJ, moh join koi mengkambingkan diri. Nanti gambor kat atas te bertukar dengan latar kambing, best kan?
Petikan Milo Suam:
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membayangkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.
Perkara itu disuarakan di laman Twitternya berbunyi "Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN (Barisan Nasional) pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar."
Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.
"Saya ingin ‘menarik diri’ seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat."
