Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 3, 2011

KHIR TOYO MELANGGAR PERLEMBAGAAN, KSN PULA MENGABAIKAN PENGURUSAN PENTADBIRAN YANG BIJAK.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah melanggar Perlembagaan apabila beliau membiarkan dirinya dibelakangi dalam urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang terdahulu.
Beliau telah mengizinkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) melantik Dato’ Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri  tanpa berunding dengan Menteri Besar seperti yang disyaratkan Perlembagaan.

Beliau telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila KSN melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu tanpa berunding terlebih dulu dengan Menteri Besar.
Kerajaan Selangor enggan meneruskan ketidakpedulian Khir Toyo terhadap Perlembagaan kerana ini akan membolehkan KSN menyalahguna Perlembagaan dan Nota Amalan Perkhidmatan Awam dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
KSN telah mengabaikan kebijaksanan pengurusan yang mana tanggungjawab perlu disertai dengan kuasa.  Ini kerana, KSN  melantik Khusrin dengan tidak mengambil kira kelayakan serta kredibiliti dan tanpa berunding dengan Menteri Besar.
UMNO/BN telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda Perlembagaan Negara pada 1993 tetapi sekarang mereka cuba bersembunyi di sebalik Istana untuk meneruskan agenda politik jahat.
Seperti dalam isu-isu lain, Khir Toyo tidak memiliki moral dan kelayakan untuk mengkritik Kerajaan Selangor termasuk Jawatankuasa Pemilihan yang bertanggungjawab menemubual  pegawai kerajaan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Kami mengulangi kenyataan bahawa jawatankuasa ini dibentuk kerana Menteri Besar mahu memastikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri diisi oleh pegawai kerajaan yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.
Jawatankuasa ini  juga mahu memastikan pelantikan dilakukan secara profesional dan adil. Ini juga bagi membolehkan pegawai kerajaan bertindak secara profesional tanpa rasa takut atau menyokong mana-mana parti kerana kenaikan pangkat dibuat berdasarkan prestasi mereka.
Hanya kerana kerajaan negeri sebelum ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak bererti kerajaan sekarang perlu mengikut acuan lapuk dan tidak profesional yang mereka tinggalkan.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular