Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 19, 2010

WAJIB TOLAK UMNO BN (SIRI 2)


HUBUNGAN ANTARABANGSA 

1. Mengadakan hubungan diplomatik tidak resmi dengan Israel dan menerima Yahudi. Kerajaan membenarkan perniagaan microchip dengan Israel secara rahsia pada awal 90an. Membenarkan lawatan pelajar/belia Israel dengan diketuai Penolong Ketua Pendidikan negara itu ke Malaysia. Lawatan Tunku Abdullah ke Israel. Menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia (1997), walaupun mendapat tentangan rakyat. Melantik Solomon, Smith & Barnes sebagai penasihat ekonomi negara. Tahun 1996, kerajaan membenarkan Public Bank Berhad menjalinkan hubungan dengan Bank Hapoalim, Israel. Menggunakan khidmat syarikat perunding Yahudi, Saatchi and Saatchi merancang strategi pilihanraya BN. Terbaru, menteri luar Malaysia Hamid Albar mengadakan pertemuan rasmi pertama dengan menteri luar Israel di New York. Malah, Mahathir sendiri pernah mengadakan pertemuan dengan Shimon Peres (bekas PM Israel) di Paris. Kononnya pembangkang menjalin hubungan dengan pihak asing tapi sebaliknya merekalah yang mengharapkan bantuan asing. Pada tahun 1964 (ketika Mahathir masih jadi MP) beliau hadir kursus yang ditaja CIA, badan perisik Amerika. Tahun 1981, s/u politik Mahathir Siddiq Ghouse ditahan dibawah ISA atas dakwaan jadi ejen KGB, badan perisikan Soviet. 

2. Mahathir menganggap Amerika & Eropah (Pihak Barat) memusuhi negara Islam (Malaysia), musuh negara dunia ketiga. Sikit-sikit barat tak betul, nak jajah negara kitala, nak kuasai ekonomi kitala; agaknya diatu betul sangatla. Yang peliknya, untuk kemajuan negara pandai pula dia mengharap perlaburan luar negara terutamanya dari Amerika dan Eropah. Tak ada duit, tahu pula dia pergi mengemis di barat. Dia juga menyokong George Bush, Presiden Amerika mengebom Iraq dalam Operasi Desert Storm tahun 1990. 

3. Kerap berlaku perselisihan pendapat antara pemimpin tertinggi Malaysia dengan pimpinan asing seperti Britain, Australia, Singapura dan Kanada, 4. Terkini Muhyidin Yasin menuduh DSAI pengkhianat bangsa negara pulak daaaa.Dia sendiri x sedar apa yang dia telah buat kepada tanah rizab org melayu negeri Johor semasa dia jadi MB dulu.kawan dia,Zahid Hamidi(baca KAKI AMPU) pergi mengadap menteri ISRAEL laknatullah dan PM baru kita nie pulak tiru slogan AMERIKA dan ISRAEL tuk bwt 1 Malaysia.Obama masa kempen guna slogan One Amerika dan Isrel pulak guna slogan 1 ISRAELI masa kempen presiden.nampak sangat mereka nie konco2 puak XXXXXX itu 

 POLITIK NEGARA 

1. Mahathir memecat DSAI sebagai TPM/MK dan TP Umno kerana hasutan golongan yang telah makan dan ingin lagi makan harta negara secara haram. Juga dia tidak dapat mengawal nafsu dirinya sendiri yang tamak mengumpul harta dengan cara merompak harta negara. Menangkap DSAI menggunakan ISA, bawa ke Bukit Aman, digari dibelasah separuh mati. Fitnah macam-macam, heret ke mahkamah, dibicarakan secara meragukan, bersalah dan dihukum penjara. Kini diracun pula. 

2. Demokrasi Malaysia tidak setulin mana, bila tarikh pilihanraya dirahsiakan. Undi pos tidak diketahui secara telus. Ceramah umum dan kempen penerangan pihak pembangkang ditahan dan tidak dibenarkan. Sedangkan ceramah Umno tak perlu permit dan tidak pernah dibatalkan, apalagi di saat-saat akhir. Undi pos yang tidak telus dan penuh misteri menjadi antara faktor penentu kemenangan BN. Ini bermakna elemen penting demokrasi hanyalah dongengan Umno/BN. 

3. Mana-mana rakyat yang secara jelas menyatakan sokongan mereka kepada pembangkang akan dikenakan pelbagai tindakan. Mereka dinafikan hak memilih. Pimpinan Umno (Yusof Nor) sanggup mendesak rakyat Malaysia tinggalkan negara ini jika tak mahu sokong kerajaan dan cari negara lain yang sesuai. Dia ingat Malaysia ni bapak dia punya ke? Dia yang sepatutnya keluar dari bumi Allah ini kerana tak mahu menjalankan hukum hudud yang diketahuinya sebagai suatu perkara wajib dipraktikkan. Golongan ulama dipersenda-sendakan, ahli akademik dikongkong dan pegawai tadbir dirobotkan. Mana-mana guru yang menyokong pembangkang, dikenakan tindakan berpindah. Tapi, kalau sokong dia boleh dapat cuti lagi untuk tolong berkempen. Bayangkanlah sendiri… 

4. Hak bersuara rakyat dinafikan sama sekali. Tindakan diambil pada sesiapa yang didapati mengkritik pemerintah. Para ulama yang menegur mereka habis digam dan mereka pula dihentam oleh pihak pemerintah. Kakitangan awam yang difikirkan terlibat dengan pembangkang ditukar tempat kerja. Apa jadi pada Nazri Abdullah (BH), Johan Jaafar (UM), Yunus Said (TV3), Ahmad Don dan Timbalannya (Bank Negara)? Persoalannya, mereka berhenti secara sukarela atau dipaksa berhenti? Rakyat berhimpun secara aman menyatakan rasa tidak puashati mereka dianggap sebagai perusuh dan berhimpun secara haram. Sedangkan di dalam Fasal 10 perlembagaan Malaysia menyatakan jaminan ke atas hak rakyat berkumpul secara aman. Rakyat dipukul sesuka hati tanpa mengira mereka bersalah atau tidak. Bersuara lebih sikit dikatakan memfitnah dan mereka dah siap dengan panel peguam Umno untuk menyaman mereka-mereka yang berani ini. Ibrahim Ali yang diberikan jawatan timb. Menteri dibayar gaji dengan duit rakyat, tapi kerjanya hanya nak menyaman pembangkang saja. Patutke? Senarai pendaftaran pengundi baru sengaja dilengahkan, kerana dibimbangi hampir 700,000 orang bakal pengundi baru akan mengundi pembangkang. Setelah berlalu 8 bulan, adakah masih belum cukup waktu. Apa lagi bila ianya berlaku di zaman kecanggihan IT sekarang!! 

5. Salahlaku Mahathir dalam politik: Anti-demokrasi, bersifat autokratik,mengetuai kabilah oligarki yang ada kecenderungan dictatorship yang taksub kuasa peribadi. Bermusuh dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Menikam PAS setelah menumpang tidur apabila dibuang dari UMNO. Menzalimi pengkritiknya. Memaksa rakyat berhimpun untuk menunjukkan sokongan pada beliau dan akhirnya mendabik dada bahawa rakyat berada di belakangnya. Mencabul prinsip demokrasi apabila mensinonimkan program parti dengan program rasmi kerajaan. Agensi-agensi kerajaan disalahgunakan tanpa mengira etika dan undang-undang. Berapa banyak belanja untuk majli bersama rakyat yang dianjurkan? Tak habis-habis berkelahi dengan ahli Umno sendiri, Musa Hitam, Kuli dan orang S46, Dato’ Harun, DSAI dan ramai lagi. Semuanya difitnah dengan pelbagai cerita. Membenarkan amalan politik wang dalam Umno. Contohnya, lihat saja MP Tebrau, Johor Siti Zainab yang dilucutkan jawatannya sebagai Timb Menteri Perusahaan Utama pada June, 1998 kerana politik wang. 

6. Sebagaimana Mahathir, begitu jugalah dengan pemimpin komponen BN yang lain. Lihat saja keegoan Lim Kheng Yaik, Liong Sik dan ketara sekali Samy Vellu. Samy Vellu menganggap dirinya hero bagi rakyat India, sedangkan kebanyakan orang India tidak menyokongnya, Bagi beliau, orang India lain tidak boleh setaraf dengannya. Dia saja layak jadi menteri penuh, yang lain tak boleh. Mengapa wujudnya IPF dan Pandithan dan Samy cukup bimbang dengan mereka. MIC telah gagal menaikkan ekonomi, pendidikan, semangat dan moral komuniti India. 

7. Wakil-wakil Umno yang dipilih oleh ahli biasa bagi mewakili suara mereka di persidangan agung hanya tahu mengampu pemimpin atasan, bukannya tempat untuk membincangkan kepentingan rakyat. Usah kata wakil biasa, ulama dalam Umno seperti Hamid Othman, Yusof Noor, Wan Mokhtar tak berani bersuara. Semuanya angguk pada apa Mahathir cakap. 

8. Ahli UMNO sekarang terdiri dari mereka yang bangkrap politik, dahulunya bukan main menghentam Mahathir akhirnya sanggup menjilat balik apa sumpah seranah mereka. Apa berlaku pada Kuli, Rais Yatim (yang dah bakar jambatan), Ibrahim Ali (yang paling banyak maki hamun Mahathir), Ghafar Baba (hero purba Umno – dah diisytihar muflis, boleh lepas lagi). Sanusi Junid yang kalah bertanding tapi menjadi MB dengan berkat kuasa Mahathir. Mahathir mengumpul semua kelemahan dan kesalahan pemimpin Umno/BN dan tiba masanya dia dedahkan satu persatu, dia guna muslihat dan akhirnya tak ada yang berani nak sanggah. Jadi sudah tentu dia dapat terus berkuasa. Megah sangat mereka melalak ke sana sini mengatakan yang ahli Umno ada 2.7 juta. Itupun belum tolak orang dah mati, orang yang dah lari tinggalkan Umno. Malah berapa ratus ribu pula ahlinya yang tak pernahpun bayar yuran keahlian, tapi masih juga ahli Umno. 

9. Pimpinan Umno tidak kesahkan amalan demokrasi di dalam partinya apatah lagi ingin mendengar suara ahli biasa. Buktinya, pemimpin pilihan majoriti diketepikan, pemimpin yang ahli tolak diberi tempat dan perhatian. Contohnya, Zahid Hamidi vs Hishamuddin; Zaharah vs Rafidah; Sabaruddin Chik dan Sanusi Junid. Barisan exco wanita Umno yang baru dikemukakan oleh Zaharah ditolak mentah-mentah oleh Mahathir. Bantahan ADUN Umno terhadap lantikan Sanusi sebagai MB Kedah, tidak diendahkan oleh Mahathir malah akhirnya semua mereka itu tak berkata apa-apa lagi setelah seorang demi seorang Mahathir temui. 

10. BN tidak berfungsi sebagai satu badan yang bergabung. Majlis Tertinggi BN bersidang sekali sekala – walaupun BN adalah pemimpin kerajaan. Dasar-dasar BN yang ada dalam manifesto jarang dibincangkan dan jarang mempengaruhi arah dan halatuju kerajaan BN. BN sebagai badan bergabung langsung tidak efektif di peringkat bahagian atau cawangan. 

11. Para pelajar tidak dibenarkan bergiat dalam politik negara, tapi di luar negara terdapat puluhan kelab-kelab Umno di England dan Amerika Syarikat. Mana rasionalnya tak kita ketahui. 

12. Banyak kes pembunuhan politik yang berlaku; kes Memali Kedah (mengorbankan Ustaz Ibrahim dan 13 pengikutnya), Dato’ Taha Talib Speaker DUN N. Sembilan, Bekas Timb. Yg Dipertua PAS Prof Dr Zulkifli Mohamad, Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis Hj Tahrim Ali, tragedy berdarah di Lubuk Merbau, Perak. Bekas pemimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy disiksa di dalam tahanan secara tidak langsung dan akhirnya meninggal dunia kerana sakit yang dipercayai disebabkan sering menahan kencing di dalam tahanan. Terbaru kes bekas S/U Pemuda Pas Pasir Salak, Haji Zubir dll. Tapi Mahathir mengatakan membunuh bukan budaya politik Malaysia (penipu!!). 

13. Rakyat diugut dan diancam agar tidak menukar pemerintah, supaya negara tidak huruhara dan miskin tanpa pembangunan. Seolah-olah mereka ingin memerintah sehingga hari kiamat, biarpun betapa zalimnya rejim pemerintahan mereka. Mereka juga seakan ketiadaan isu-isu penting untuk dikemukakan, balik-balik “pembangunan, keamanan dan perpaduan” rakyat. Seolah-olah hanya mereka saja yang layak membicarakan soal berkenaan. Mereka merasakan kerajaan BN adalah kuasa turun temurun, oleh kerana memerintah terlalu lama…hingga mereka merasakan mereka sajalah yang layak mewakili dan memerintah rakyat Malaysia. 

14. Kempen politik Umno/BN membelanjakan wang rakyat dan menyalahguna jentera kerajaan. Dipaksa semua kakitangan kerajaan untuk hadir, disusun pelajar-pelajar sekolah penuhkan stadium, diumpan dengan artis popular. Hinggakan kini Siti Norhaliza menjadi lebih popular dari pemimpin Umno sendiri. Disogok dengan wang dan makan free, diadakan cabutan bertuah (loteri), disekalikan dengan ekspo perniagaan dan pesta sukan. Semuanya bagi menjamin kehadiran yang akan digambarkan kepada seluruh Malaysia, rakyat masih sokong mereka. Laporan dari Sabah (pilihanraya negeri yang lalu) menyatakan amalan politik wang dilakukan terang-terangan, pengundi diberikan wang RM50.00, tangki air, zink, gas memasak, beras, kain dll. 

15. Kepimpinan BN/Umno terdahulupun menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada pemerintahan Mahathir, kenapa tidak kita? Apa Tunku Abd Rahman suarakan dalam suratnya (9 Feb 1989), “ keadilan tidak ada, semua mahkamah diperintah oleh seorang diktator. Akhbar-akhbar media massa semuanya bercakap bahasa dia dan ikut kehendak dia sahaja. Dalam pilihanraya, apa yang paling buruk dan kotor sekali ialah semua dakyah kerajaan dikeluarkan dalam tv, radio dan akhbar.” Tun Hussein Onn juga menentang kezaliman Mahathir apabila mengemukakan affidavit di mahkamah menentang penyalahgunaan ISA menahan Dr Chandra Muzaffar. Sekiranya Tun Razak sempat melihat bagaimana ini semua berlaku, semestinya pasti beliau juga akan sangat kecewa. 

16. Majoriti pimpinan Umno/BN dah tua; rumah kata pergi kubur kata mari. Patutkah kita memilih mereka lagi yang pastinya tidak lagi relevan untuk abad ke-21? Berdayakah minda mereka untuk terus bergerak cergas untuk mempertahankan hak dan warisan kita di masa depan.

KEBAJIKAN, ALAM SEKITAR & PENDIDIKAN 

1. Universiti awam dikorporatkan. Kemasukan ke pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) memerlukan bayaran yang amat tinggi. Biasiswa sudah dimansuhkan, apa jadi pada rakyat miskin. Ramai penuntut Melayu yang terpaksa melupakan niat nak sambung pelajaran ke Universiti atau institut pengajian tinggi. Jika sambung pun, mereka terpaksa bergolok gadai untuk pembiayaan. Usah kata belanja hari pertama ke IPTA, nak dapat borang UPU pun kena bayar. Semuanya nak dijadikan bahan perniagaan. Nak harapkan perwakilan Umno menyuarakan masalah ini dalam persidangan, taknya berani kecuali asyik dok berpantun dan mengampu tak habis-habis. 

2. Umno/BN bercadang ingin mengambil alih semua sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan dan lain-lain negeri untuk diletak di bawah kerajaan pusat. Bagi Umno SAR adalah tempat di mana rakyat dipupuk sedari kecil untuk mengenali Islam dan akhirnya memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Dan bagi mereka ini tidak boleh dibiarkan, kerana kesedaran rakyat bahana bagi mereka. 

3. Memaksa penggabungan bank-bank dan syarikat kewangan (21 bank, 25 syt kewangan, 12 bank saudagar) menjadi 6 kumpulan bank besar. Dibimbangi nasib 70,000 pekerja di sektor perbankan akan terjejas. 

4. Nasib sebahagian rakyat di Malaysia masih berada di tahap mengaibkan. Pekerja-pekerja lading/estet masih menginap di rumah yang boleh disamakan dengan kandang lembu (Zainal Rampak, Mei 99). Kebajikan mereka diabaikan. Permintaan gaji bulanan dan perumahan lebih selesa tidak dilayan. Malah mereka dihina pula oleh menteri yang dipertanggungjawabkan (Kheng Yaik). 

5. Berhajat mengkorporatkan hospital kerajaan dan akhirnya menswastakannya. Bayangkanlah jika rakyat yang tidak berkemampuan gagal mendapatkan khidmat perubatan. Apa akan jadi pada mereka. Sesudah mendapat reaksi negatif dari rakyat, pemerintah biadap ini membatalkan niat mereka. Tapi adakah untuk selamanya atau sementara menunggu kemenangan BN. AWAS!! 

6. Mengabaikan asas-asas infrastruktur yang kukuh seperti bekalan air bersih, sistem penyaliran yang baik untuk mengelakkan banjir kilat, pembakaran terbuka menyebabkan jerebu, penebangan kayu kayan tanpa kawalan menyebabkan masalah tanah runtuh. Wujudnya penyakit berjangkit (Coxsackie, Denggi, JE), keracunan makanan (terutamanya murid dan pelajar), jalanraya luar bandar (hanya nampak baik bila dekat pilihanraya), kekurangan talian telefon khususnya di kawasan perumahan baru dan perkhidmatan telefon awam di perkampungan. 

7. Siaran TV Pendidikan (ETV) dipindahkan dari RTM2 ke Astro dilihat sebagai ingin menjerat kepentingan rakyat dan membesarkan lagi kronisme kroni BN/Mahathir. Astro yang dimilikki Ananda Krishnan akan memperolehi wang percuma (RM7 juta untuk decoder) dari kerajaan di atas bayaran bulanan di 9,000 sekolah yang akan disediakan perkhidmatan berkenaan. Sedangkan faedah dari ETV untuk pelajar tidak seberapa. 

8. BN/Umno sering memperbodoh-bodohkan masyarakat kampung dan pekan dengan cara memperbesarkan isu yang melanda kampung-kampung. Mereka mengatakan para pelajar yang tidak mencapai kecemerlangan pelajaran berasal dari kampung. Sedangkan sekolah di kawasan kampung tidak dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang cukup. Guru yang tidak cemerlang di hantar ke kampung berbeza dengan bandar. Jadi, adakah pelajar kampung anaktiri kepada pimpinan kerajaan sekarang? Lebih teruk lagi jika ditinjau sekolah kebangsaan Tamil, hinggakan ada yang ketiadaan tandas dan kantin. Keadaan sebegini dibiarkan tanpa ada sebarang niat untuk mereka memperbaiki keadaan. 

9. Adakah pemerintah sekarang benar-benar mementingkan alam sekitar yang sihat untuk rakyatnya. Berapa kerap masalah jerebu melanda, gejala tanah runtuh (cth. Bukit Antarabangsa), tragedi runtuhnya Highland Tower, banjir kilat, pencemaran sungai (laporan JAS 1997, 93 sungai di Malaysia tercemar teruk), sistem kumbahan industri yang mendukacitakan, pembuangan bahan-bahan toksik di merata tempat dan pelbagai masalah persekitaran yang tak terurus. Yang mereka pandai atau sibuk, setiap kali berlaku kemalangan. Tapi dimana langkah keselamatan dan pencegahan tidak begitu diutamakan.

Mmmm……tak perlu ragu-ragu lagi. Pangkah Pakatan Rakyat, demi anak cucu kita di masa hadapan. Adalah lebih baik kita perjudikan nasib kita di bawah Pakatan, daripada membiarkan BN/Umno mempertaruhkan kita untuk memenangi permainan judi mereka.

TERIMAKASIH KERANA MEMBACA ARTIKEL INI. SILA BUAT SALINAN DAN EDARKAN SEBANYAK MUNGKIN KEPADA SEMUA BAKAL PENGUNDI.
 ANTI UMNO & SEKULARISME TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!

(Sumber PAS Serawak: pemudasarawak.wordpress.com)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular