Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 19, 2010

Kontroversi: Benarkah Chegubard Gadai Prinsip? Apabila Beliau Sanggup Terima Jawatan Lantikan Sebagai 'Timbalan Setiausaha Agung' Yang Baru !

PETALING JAYA, 18 Dis [9.20 pm] Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pembentukan kepimpinan baru Majlis Pimpinan Pusat (MPP) selepas era pemilihan 2010 yang lalu. Apa yang menarik ialah beberapa orang calon yang kalah dalam perebutan jawatan utama parti itu telah dibawa masuk atas kapasiti jawatan lantikan. Mereka yang terpilih termasuklah calon Ketua AMK iaitu Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard (foto). Beliau yang kalah kepada Samsul Iskandar Md Akin itu telah dilantik sebagaiTimbalan Setiausaha Agung PKR yang baru.

 Agak mengejutkan kerana beliau sebelum ini begitu tegas tidak mahu menerima sebarang jawatan lantikan selagi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak melakukan siasatan secara telus dan adil terhadap semua laporan aduan kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti itu sebelum ini. Beliau juga berkata akan menolak semua lantikan parti itu selagi bantahannya berhubung pemilihan PKR yang berlangsung November lalu tidak diberi penjelasan bertulis.

Namun, kini segalanya sudah bertukar dan apakah Chegubard telah diberi kata dua agar beliau "redha" dengan keputusan yang telah dibuat itu. Mungkin juga beliau menerima jawatan tersebut kerana ia bukanlah lantikan dalam AMK. Apa yang lebih menarik, sebelum ini beliau juga ada berkata “Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri". Namun kini, segalanya sudah tersurat dan Chegubard akhirnya dibawa masuk ke dalam kepimpinan PKR biarpun segala kemusykilannya itu belum terjawab lagi sebenarnya. Apakah yang bermain difikiran beliau sekarang?. 

Dimanakah prinsip yang beliau pertahankan itu agaknya?. Ini beliau juga pernah katakan akan akur terhadap apa yang berlaku tetapi tidak akan ikhtiraf keputusan tersebut.

[Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Chegubard atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau itu. Soalnya, bolehkah beliau berkerjasama dengan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution yang selama ini menimbulkan kontroversi akibat mengesahkan keputusan rasmi pemilihan sebelum segala laporan aduan diselesaikan siasatannya oleh JPP. Inilah yang menjadi kemusykilan semua pihak sekarang ini sebenarnya. Mungkin Chegubard ada jawapannya, namun prinsip haruslah dipertahankan. Biar pun kini beliau dilantik menganggotai MPP, beliau harus menyelesaikan segala kepincangan dan kemelut pemilihan yang masih diragui oleh ramai pihak itu. Janganlah bila sudah ada jawatan, beliau menutup sebelah mata untuk menerima segalanya dengan hati terbuka. Keadilan harus ditegakkan demi sebuah agenda perubahan yang lebih besar buat seluruh rakyat Malaysia].

Pahang Daily OnLine
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular