Oleh: Pria Malaya
Video yang jelas menunjukkan Najib Razak, presiden Umno sanggup berkompromi dengan Chua Soi Lek menghina hukum dan undang-undang negara Islam!
Perhatikan rakaman video ini bermula minit ke 5.00 sehingga minit terakhir..
Dibawah penulis perturunkan kembali sebahagian kenyataan Najib seperti yang dimuatkan dalam rakaman video di atas...
Presiden MCA, Chua Soi Lek sebelum itu telah berkata:
“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” - Chua Soi LekKenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut:
“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):
“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,”Kurang ajar lagi biadap kenyataan MCA dan Najib ini! terbukti Najib dan Umno sanggup bersekongkol dan berkompromi secara jahat dengan rakannya MCA sehingga sanggup menghina dan memperlekeh undang2 dan negara Islam sebagai TERKEBELAKANG!..
Tidak cukup itu, Najib cuba menakut2kan orang Cina dengan pendirian Negara Islam yang diperjuangkan PAS kononnya akan memberi kesan negatif kepada cara hidup dan kehidupan mereka...
p/s: Baca seterusnya dalam entry penuh penulis di sini, "BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!"...