| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Dis: Pemimpin Umno BN takut berlaku perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. “Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus,” ujarnya sambil mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR), urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang telah berjaya dengan jayanya. Katanya, konvensyen telah berjaya mencapai matlamatnya. “Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan Gerakan, Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku,” ujarnya. Katanya lagi, Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti. Beliau menambah, cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. “Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR,” katanya. Sehubungan itu, ujarnya PAS mencabar pemimpin BN memberi peluang kepada PR dahulu dalam masa 100 hari kepada PR untuk membuktikan sama ada janji PR palsu atau angan-angan. Mereka, tambahnya akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat kerana itulah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Sebaliknya, kata beliau mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka. Untuk itu, menurutnya PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa PR mampu untuk mentadbir negara di mana PAS sudah membuktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Tambahnya, Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008. “Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukannya. “Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insya Allah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia,” katanya lagi. |
Sunday, December 19, 2010
Rakyat berubah, BN rebah
TOP Ten Minggu INI
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bul...
-
KUCHING 15 APRIL : Kurang 24 jam sebelum hari pembuangan undi pilihan raya negeri Sarawak, kempen mega akhir Pakatan Rakyat khususnya oleh K...
-
SOALAN Ustaz, baru-baru ini ada seorang pemberi motivasi yang tersohor di tanahair memberitahu boleh seorang GRO yang telah mengandungkan an...
-
-
Hebat betul PDRM mencari Pelacur dari China ini. Mungkinkah hasil kerjasama Datuk T?
-
KENYATAAN MEDIA RAKYAT SARAWAK TOLAK POLITIK ‘JEMBALANG’ DAN ‘HANTU’ BARISAN NASIONAL (2 April 2011)
-
Statement isteri Rosmah al gampangi
-
-
Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membelasah Pas apabila Pas tidak membincang isu video lucah dalam muktamarnya. Menurut akal Muhyiddi...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
Tom Reilly, TULLY February 8, 2011 Click to play video Army helps with Yasi clean-up In the wake of Yasi, the army is helping to repair sch...
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
