Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, December 22, 2010

PENDEDAHAN WIKILEAKS: ANTARA BUKTI KEJAHATAN PEMIMPIN DAN TAJASSUS


from Laksamana Bukit Bintang 

Laman web Wikileaks telah berjaya mengecohkan dunia dengan menyiarkan kabel diplomatik Amerika. Dalam kes ini, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton sendiri tidak menafikan kesahihannya atau cuba mengatakan bahawa berita ini adalah dusta atau tidak berasas atau sebagainya.

AS nampaknya ‘terpaksa’ akur dengan kebenarannya, dan dalam masa yang sama berusaha untuk menangkap pengasas Wikileaks, Julian Assange kerana telah melakukan perbuatan yang telah membahayakan kedudukan Amerika. Jerat sudah makan tuan! Mungkin inilah peribahasa yang paling sesuai diberikan kepada penganut dan pengamal demokrasi (kebebasan bersuara) seperti Amerika Syarikat apabila pekung yang membusung selama ini yang menjadi rahsia kebusukan dasar politiknya didedahkan oleh Wikileaks.

Bukan satu atau dua, tetapi di laporkan sejumlah berpuluh-puluh ribu dokumen sulit diplomatik AS didedahkan oleh laman web berkenaan sehingga menimbulkan ketegangan di antara Washington dan sekutu-sekutunya. Dalam responnya, Presiden negara pengganas nombor 1 dunia itu, Barack Obama mengutuk sekeras-kerasnya pendedahan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘amat dikesali’. Selain pendedahan berkenaan kejahatan dan keganasan yang dilakukan oleh AS,

Wikileaks turut memaparkan banyak komunikasi sulit di antara AS dan pemerintah umat Islam yang membuktikan lagi pengkhianatan mereka selama ini ke atas umat Islam yang sudah pun diketahui umum. Antaranya adalah komunikasi AS dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang menggesa AS menyerang Iran, Presiden Pakistan Zardari yang menyokong serangan AS ke atas Pakistan, Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh bersetuju dengan operasi militer AS di Yemen dan banyak lagi. Pemimpin politik Malaysia juga turut terkena tempias bahana pendedahan Wikileaks di mana Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Razak telah dikatakan terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu dan tidak terkecuali, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut dipalitkan dengan pendedahan Wikileaks berkenaan kes liwatnya [harakahdaily.net].

Ekoran pendedahan yang dilakukan Wikileaks, Julian Assange telah menjadi ‘orang buruan’ sehingga beliau akhirnya ditahan selepas menyerah diri di sebuah balai polis di tengah London. Dia ditahan berikutan satu waran tangkap yang dikeluarkan Kesatuan Eropah (EU) ekoran tindakan Sweden mengeluarkan waran tangkap ke atasnya atas dakwaan jenayah seks termasuk rogol. Assange menafikan semua tuduhan itu. Selepas penangkapannya, para penyokong Wikileaks menyeru satu demonstrasi dijalankan di seluruh dunia bagi mendesak pembebasan Assange.

Dalam perkembangan yang sama, penyokong Wikileaks telah melancarkan serangan siber ke atas laman web pejabat pendakwa raya Sweden. Mereka juga menyerang laman-laman web PayPal dan bank Pejabat Pos Switzerland. PandaLabs, makmal pengesan perisian perosak bagi firma keselamatan komputer Panda Security, berkata, laman web pendakwa raya Sweden, aklagare.se dilumpuhkan oleh anggota kumpulan hacktivis siber yang dikenali sebagai Anonymous. Penyelidik ancaman di PandaLabs, Sean-Paul Correll berkata, Anonymous melabel serangan-serangan tersebut sebagai ‘Operasi Menuntut Bela Untuk Assange’. Katanya, serangan itu adalah sebahagian pertarungan yang meletus di internet antara penyokong dan penentang Wikileaks
Tajassus Dan Hukumnya Menurut Islam

WikiLekas bukanlah laman web yang memaparkan berita-berita biasa atau semasa yang berlaku di seluruh dunia, tetapi ia menyiarkan berita-berita rahsia yang diperolehi dengan jalan-jalan tertentu. Mungkin sahaja para pengendali Wikileaks sendiri adalah terdiri dari pakar-pakar dalam bidang teknologi maklumat (IT) atau mungkin juga ada pakar-pakar IT lain yang telah memberikan berita-berita rahsia tersebut kepada Wikileaks. Yang pasti, terdapatnya sekumpulan orang yang telah mendapatkan berita tersebut dengan jalan-jalan tertentu dan Wikileaks telah mendedahkannya (tanpa kehendak si pelaku). Di dalam dunia internet, mereka yang pakar di dalam menceroboh masuk sistem dipanggil sebagai hackers (penggodam).

Adakalanya mereka ini juga digelar sebagai crackers. Di alam maya, kumpulan ini dikategorikan sebagai white hat hackers dan black hat hackers dan terdapat juga grey hat hackers. Secara umumnya, terma white hat hackers digunakan untuk merujuk kepada hackers yang ‘baik’ manakala black hat hackers adalah merujuk hackers yang ‘jahat’. Black hat hackers inilah yang biasanya menggodam sistem orang lain dan cuba mendapatkan apa yang diingininya.

Persoalannya, bagaimanakah Islam menangani hal ini? Sebenarnya perbincangan tentang hackers adalah terkait rapat dengan hukum tajassus (spying). Pendedahan maklumat yang dilakukan oleh Wikileaks (dan lain-lain), sekiranya diambil melalui jalan ‘intipan’ (mata-mata), ia adalah termasuk di dalam kategori tajassus (spying). Menurut Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam kitabnya Asy-Syakhsiyyah Al-Islamiyyah Jilid II, tajassus (mata-mata) adalah perbuatan menyelusuri berita. Seseorang dikatakan tajassus apabila ia memata-matai yakni mengamati sesuatu berita. Ertinya ketika ia melakukan penyelidikan terhadap berita, bererti ia sedang memata-matainya. Ia adalah seorang mata-mata baik pada hal-hal yang terbuka atau yang tersembunyi. Jadi maklumat atau data-data yang diteliti, tidak semestinya data-data yang tersembunyi atau rahsia, kerana tajassus adalah meneliti dan mengamati data-data baik yang tersembunyi ataupun nyata, yang bersifat rahsia mahupun bukan.

Adapun ketika seseorang melihat hal-hal secara ilmiah tanpa penelitian dan tanpa pengamatan terhadap data atau mengumpulkan data untuk disebar-luaskan atau juga berkepentingan dengan data-data itu, maka semuanya tidak dianggap sebagai tajassus selama tidak ada pengamatan dan penelitian terhadap data-data itu dan tidak ada unsur ‘pengawasan’ dalam tindakannya itu. Sehingga, meskipun ia telah meneliti data-data, tapi dengan tujuan-tujuan di atas, maka itu belum dikategorikan sebagai tajassus. Kerana pengamatan terhadap berita-berita yang dianggap sebagai tajassus itu adalah melalui penelitian dengan tujuan mendapatkan atau mengetahui data tersebut.

Berbeza dengan mereka yang mengamati berita dengan tujuan mengumpulkannya, ia tidak akan melakukan penelitian secara mendalam untuk mengetahuinya dengan lebih jauh, tetapi hanya sebatas mengumpulkan data yang kemudian disebar-luaskan kepada orang lain. Dengan begitu, orang-orang yang meneliti berita dan mengumpulkannya seperti wartawan akhbar atau media lainnya tidak disebut sebagai mata-mata, kecuali kalau semua tindakannya adalah memang untuk memata-matai dan menjadikan pekerjaan wartawan hanya sebagai alat (menyamar) semata-mata. Mereka yang bertugas di bahagian risikan dan yang sejenis dengannya yakni orang-orang yang memang bertugas mengamati setiap berita, baik individu mahupun negara (melalui polis/tentera dan sebagainya) maka ia disebut sebagai Jasus (intelijen/mata-mata) kerana kegiatannya adalah memata-matai.

Persoalan seterusnya yang perlu diketahui adalah, apakah hukum tajassus? Hukum tajassus adalah berbeza bergantung kepada ‘objek’ yang ditajassus. Jika objek yang ditajassus adalah umat Islam atau ahlu zimmi, maka hukumnya haram dan tidak dibolehkan. Sementara jika objeknya adalah orang kafir harbi hukman atau fi’lan, maka boleh bagi umat Islam untuk melakukan tajassus, malah wajib bagi negara (Khilafah) melakukannya. Kegiatan tajassus terhadap umat Islam dan ahlu zimmi adalah haram berdasarkan ayat al-Quran yang tegas dalam hal ini. Allah SWT berfirman

“Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan-kesalahan (tajassus) orang lain” 
[TMQ Al-Hujurat (49):12]. 

Dalam ayat ini, Allah secara tegas melarang tindakan tajassus dan larangan ini bersifat umum, meliputi semua jenis tajassus, baik demi kepentingan diri sendiri atau orang lain, baik untuk Negara, perseorangan atau kelompok, baik dilakukan seorang hakim atau tertuduh dan sebagainya. Justeru, haram hukumnya seseorang Islam yang bekerja dalam bidang risikan yang kerjanya adalah memata-matai orang Islam lainnya (atau memata-matai kafir zimmi), baik risikan (SB) polis mahupun tentera atau jabatan lainnya. Dan larangan melakukan tajassus ini berlaku tidak hanya bagi umat Islam, tetapi juga bagi ahlu zimmi, kerana mereka tetap dituntut untuk mengaplikasikan hukum-hukum Islam kecuali hal-hal yang berkaitan dengan keyakinan dan ritual ibadah, dan tajassus tidak termasuk bahagian akidah dan ibadah. Oleh yang demikian, pemerintah tidak boleh (haram) membuka biro atau jabatan yang melakukan praktik tajassus terhadap umat Islam dan ahlu zimmi.

Sementara itu, jika kegiatan itu (tajassus) ditujukan ke atas orang-orang kafir harbi, baik kafir musta’min (kafir yang meminta jaminan keamanan) atau kafir mu’ahid (kafir yang ada perjanjian dengan Khilafah), yang memasuki wilayah kita, maka hukumnya mubah (boleh). Kita dibolehkan melakukan tajassus terhadap orang-orang kafir harbi, baik di wilayah mereka atau di wilayah kita. Oleh kerana itu, kewujudan jabatan risikan, penyelidikan atau yang sejenisnya bukanlah suatu hal yang haram, bahkan wajib bagi Negara. Cuma, yang tidak dibolehkan adalah melakukan tajassus terhadap umat Islam dan ahlu zimmi. Ketika al-Quran menetapkan hukum haram pada suatu hal, maka sesungguhnya tidak ada ruang lagi untuk kita memusingkan hukumnya atas alasan kemaslahatan atau apa sahaja kerana tidak ada satu dalil pun yang mentakhsis atau mengecualikan keharaman tersebut.

Sekiranya yang melakukan tajassus adalah umat Islam (dan ahlu zimmi) ke atas orang-orang kafir, maka hukumnya adalah mubah, bahkan bagi pemimpin Negara menjadi wajib. Dalam kitab Sirah Ibn Hisyam disebutkan bahawa Nabi SAW mengutuskan Abdulllah ibn Jahsy dan mengutuskan 8 kabilah dari kaum Muhajirin bersamanya. Nabi memberikan kepadanya sebuah surat yang tidak boleh dibuka sebelum melakukan perjalanan dua hari. Titah itu dijalankan, dan ia tidak mencurigai salah seorang dari sahabatnya. Setelah melakukan perjalanan selama dua hari, Abdullah ibn Jahsy membuka dan membaca surat yang isinya adalah, 

“Kalau kamu membaca suratku ini, maka teruslah berjalan sampai kamu tiba di sebuah pohon kurma antara Makkah dan Thaif, maka di sana intailah gerak-geri kaum Quraish dan sampaikan kepadaku”
.

Dalam surat itu, Rasulullah SAW memerintahkan Abdullah ibn Jahsy untuk mematai-matai kaum Quraisy yang kemudian dilaporkan kepada baginda. Dalam hal ini Rasullullah SAW memberikan kebebasan kepada para sahabat Abdullah untuk mengikutinya atau tidak, sementara pada Abdullah agar tetap melakukan pengintaian itu. Dengan kata lain, Rasullulah meminta kepada semuanya melakukan tajassus, tetapi baginda menitik beratkannya kepada Abdullah, sementara pada yang lainnya baginda berikan kebebasan. Ini menunjukkan bahawa tuntutan terhadap pemimpin golongan itu sifatnya mengikat (jazm atau pasti), sementara bagi yang lainnya tidak mengikat dan itu menunjukkan bahawa kegiatan tajassus umat Islam terhadap musuh adalah boleh dan tidak diharamkan, sementara bagi pemerintah maka hukumnya adalah wajib, kerana pengintaian terhadap musuh merupakan hal yang mutlak diperlukan oleh tentera umat Islam. Tidaklah sempurna membentuk pasukan tentera tanpa adanya badan intelijen yang mengawasi musuh. Dengan begitu keberadaan badan tersebut mutlak diperlukan kerana termasuk dalam kaedah syara’

“sesuatu perkara yang tidak sempurna tanpa suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib”. 


Itu adalah hukum tajassus dari segi haram, boleh atau wajibnya. Manakala hukuman (uqubat) bagi orang yang melakukan tajassus demi kepentingan orang kafir ditentukan berdasarkan status dan agamanya. Kalau dia seorang kafir harbi, maka hukumannya adalah hukuman mati dan tidak ada hukuman lain lagi. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Salmah ibn Al Akwa’ yang berkata,

“Seorang mata-mata dari musyrik menemui Nabi yang sedang dalam perjalanan, ia duduk di antara para sahabat sambil bercakap-cakap, lalu pergi secara diam-diam. Lalu Nabi berkata, ‘Cari dan bunuhlah dia.’ Maka aku mendahului yang lain untuk mendapatkannya, lalu aku membunuhnya. Kemudian Rasullullah SAW memberikan barang rampasannya kepadaku”.

Jelaslah bahawa dengan hanya didapati ia seorang mata-mata, Nabi berkata,

“cari dan bunuhlah dia!’ 

sebagai indikasi bahawa perintah itu pasti dan hukumannya hanya satu yakni dibunuh. Dan ini berlaku pada semua kafir harbi, baik mu’ahid atau musta’min atau selain keduanya. Semuanya adalah kafir harbi yang hukumannya adalah mati, ketika didapati ia sebagai mata-mata.

Sementara jika kafir zimmi yang menjadi mata-mata, ini dilihat – sekiranya ketika pertama kali ia masuk sebagai ahli zimmah telah disyaratkan untuk tidak melakukan mata-mata, dan kalau melakukannya akan dibunuh, maka hukumannya adalah dibunuh sesuai dengan perjanjian. Tetapi kalau tidak ada perjanjian seperti itu, maka Khalifah boleh menetapkan vonis (hukuman) mati ketika dia melakukan tajassus, kerana ada hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad mengenai Furat ibn Hayyan

“Bahawa Nabi SAW memerintahkan untuk membunuhnya dan dia adalah seorang dzimmi dan mata-mata sekaligus sekutunya Abu Sufyan. Lalu ketika dia melewati kelompok orang-orang Ansar dia berkata, ‘Aku seorang Muslim,’ para sahabat berkata, ‘dia mengaku sebagai orang Islam’, lalu Rasullulah bersabda, ‘Di antara kalian terdapat orang-orang yang kami bersandar pada keimanannya, di antaranya adalah Furat ibn Hayyan”.

Secara tegas hadis ini menyatakan bahawa Rasullulah memerintahkan membunuh zimmi yang menjadi mata-mata. Namun begitu, vonis mati itu sifatnya jaiz (harus) bagi seorang pemimpin dan bukan wajib seperti halnya yang diberlakukan kepada mata-mata kafir harbi. Dalil bahawa vonis itu sifatnya jaiz, bukan wajib adalah kerana tidak ada qarinah (indikasi) dalam hadis di atas yang mengarahkan pada makna wajib, bahkan sebaliknya, terdapat qarinah yang menunjukkan makna tidak wajib, iaitu teks hadis yang menyebutkan bahawa Nabi tidak terus membunuh Furat dengan hanya diketahui ia sebagai mata-mata, berbeza dengan kes kafir harbi dalam hadis Salmah ibn Akwa’ di atas di mana Nabi SAW terus sahaja memerintah agar membunuhnya.

Bagi orang Islam yang melakukan tajassus untuk pihak musuh, maka ia tidak divonis mati, kerana Rasullulah pernah memvornis mati pada orang zimmi, tapi setelah dipastikan dia telah masuk Islam, baginda mencabut vonis tersebut. Ini terjadi ketika Rasullullah memberikan perintah membunuh Furat ibn Hayyan, seorang mata-mata zimmi, tetapi setelah para sahabat mengatakan,

‘Wahai Rasululah, ia mengaku dirinya Muslim’, Nabi berkata, ‘Di antara kalian terdapat orang-orang yang kami bersandar pada keimanannya.”

Jadi, illat pencabutan vonis itu adalah kerana statusnya sebagai seorang Muslim. Begitulah juga dengan hadis riwayat Bukhari berkenaan Hatib ibn Abi Balta’ah di mana Rasulullah tidak menghukum mati beliau kerana statusnya sebagai Muslim walaupun beliau telah melakukan tindakan tajassus. Namun, ia tetap akan dihukum sama ada penjara atau lainnya bergantung kepada pendapat Khalifah. Ketentuan di atas berlaku pada kes tajassus terhadap komuniti Muslim (dan zimmi) untuk kepentingan musuh kafir harbi. Tetapi kalau tajassus yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu bukan untuk kepentingan musuh, namun untuk kepentingan tajassus semata-mata (untuk dirinya sendiri) atau kepentingan kaum Muslimin atau kepentingan negara, maka disamping hukumnya haram, pelakunya tetap akan dikenakan ta’zir.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Pendedahan yang dilakukan oleh Wikileaks banyak membuktikan kejahatan pemimpin yang selama ini, walaupun cuba disembunyikan oleh pemimpin tersebut namun bukanlah suatu yang terselindung dari rakyatnya. Setakat ini, ramai pemimpin dunia yang tidak dapat menafikan apa yang disiarkan oleh Wikileaks yang kini menjadi bukti nyata kepada rakyat akan kelakuan pemimpin mereka. Dalam masa yang sama, dunia siber mencatatkan kelemahannya kepada kita di mana rekod rahsia yang paling sulit yang disimpan di tempat yang dirasakan paling selamat, pun sebenarnya sudah tidak lagi selamat. Namun sebagai Muslim, kita mesti tahu bahawa aktiviti hacking (menggodam) yang berleluasa di internet sekarang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam dosa apabila ia dilakukan dengan tujuan untuk tajassus, mencuri, mengacau atau merosakkan hak seseorang atau sesuatu pihak.

Namun, jika ia dilakukan untuk tujuan baik seperti untuk menguji dan mempertingkatkan sistem keselamatan internet (internet security system) tuanpunya itu sendiri, tanpa menggodam, menceroboh masuk atau merosakkan sistem orang lain, maka hal ini dibolehkan. Kita tidak perlu berbincang dari segi hukum sekiranya aktiviti tajassus, baik di alam nyata mahupun di alam maya yang melibatkan orang kafir sesama mereka yang berlaku dalam negara mereka. Namun apabila aktiviti tajassus itu melibatkan orang Islam dengan orang kafir atau orang Islam sesama Islam, maka wajib bagi kita untuk membincangkannya dan mengetahui hukumnya agar kita dapat meletakkan tindakan kita pada tempatnya yang sebenar. Wallahu a’lam.  

SUMBER : HIZBUT TAHRIR MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular