18/12/2010
Satu lagi soalan yang paling wajar diajukan adalah, adakah Pas mempunyai peluang untuk menang? Ini jawapannya. Secara umumnya, para penganalisis politik yang rasional pada angka dan kemungkinan tidak meletakkan peratusan menang yang tinggi bagi calon Pas untuk menang jika diambil pelbagai faktor semasa. Walaubagaimanapun, dalam politik semuanya adalah tidak mustahil dan di luar jangkaan. Siapa jangka Barisan Nasional mampu hilang majoriti di Parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu? Namun ianya telah benar-benar berlaku.
Secara umumnya, penulis menjangkakan peluang untuk Pas menang dalam Pilihanraya Umum kali ini adalah 45 peratus sahaja.Calon UMNO berkemungkinan menang, tetapi dengan majoriti yang lebih mengecil, mungkin di sekitar 1500 undi. Asasnya ada satu, walaupun pengundi bukan Melayu diyakini memihak kepada Pas, warga Felda dijangka akan mengekalkan sokongan mereka kepada Umno. Pun begitu, undi Pas mungkin boleh diharapkan kepada golongan Melayu separa bandar seperti di kawasan peti undi Pekan Ayer Panas kerana diyakini mereka adalah pengikut media baru, jika dibandingkan dengan pengundi Melayu luar bandar yang masih mempercayai media tradisi seperti RTM dan Utusan Malaysia.
Pertambahan undi Pas mungkin akan bertambah sehingga 5000 undi dan calon Umno kekal dengan kelebihan hampir 6500 undi.Rasional penulis adalah bersandarkan kepada sokongan kaum Cina dan Melayu separa bandar, dan jika ini berjaya diambil oleh Pas, peluang untuk mengurangkan majoriti Umno itu ada kalaupun tidak mampu merampas kerusi tersebut daripada tangan Umno.
Di sini penulis sertakan pergerakan undi Pas dan pembangkang bagi Dun Tenang sejak Pilihanraya Umum 1986:
PERBANDINGAN JUMLAH UNDI 1986-2008
PERGERAKAN UNDI PAS/S46 1986-2008
KONKLUSI
Apapun,selamat mengundi buat pengundi di kawasan Dun Tenang. Pilihlah calon pilihan anda, tapi sila ingat, mereka-mereka yang diangkat bakal mencatat sejarah Adun terpendek tempoh perkhidmatannya dalam sejarah negara memandangkan PRU 13 semakin hampir…. [propartiislammalaysia]
Apapun,selamat mengundi buat pengundi di kawasan Dun Tenang. Pilihlah calon pilihan anda, tapi sila ingat, mereka-mereka yang diangkat bakal mencatat sejarah Adun terpendek tempoh perkhidmatannya dalam sejarah negara memandangkan PRU 13 semakin hampir…. [propartiislammalaysia]