Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 6, 2011

Terkini PRK Merlimau & Kerdau 02:30 - 03:40ptg

3:40
KERDAU Sorakan 'Barang naik, tol naik, minyak naik' terus bergema. Kira-kira 200 orang perayu undi PAS masih di sini berbanding beberapa puluh penyong BN.

Penyokong PAS tidak henti-henti bersorak melaungkan 'Umno Balik' kepada penyokong Umno.

Pasukan FRU mengawal ketat kedua-dua penyokong.
3:40
3:34
MERLIMAU Suasana di tempat pembuangan undi di SJKC Merlimau agak panas.

Penyokong-penyokong BN melakukan provokasi berterusan sehingga memaksa penyokong-penyokong PAS dan PR membalasnya dengan laungan reformasi dan takbir.

Anggota polis dikerahkan lebih ramai di kawasan ini untuk mengawal keadaan.

Jeritan penyokong Umno BN dengan perkataan 'bodoh' kepada para penyokong pakatan rakyat lebih memanaskan keadaan.
3:30
KERDAU Seorang lagi perayu undi, Zulkifli Shaari berkata, beliau seronok berada di sini sejak awal pagi.

"Di sini (SMK Kerdau) sahaja saya rasa bahang pilihan raya, paling ramai perayu di sini, sebab itu kami tidak berganjak," katanya yang datang dari Pulau Pinang.
3:30
3:26
3:24
KERDAU Seorang penyokong muslimat, Norlelawati Mat Darus mendakwa, beliau tidak merasa penat walaupun berada di sini merayu undi sejak pagi tadi.
   
"Kami tidak terasa penat kerana kami mahu memenangkan Islam.

"Kami datang ke sini dengan wang sendiri bukan sesiapa taja.

"Jadi kami akan menggunakan masa yang ada ini untuk merayu undi memenangkan parti Islam ini," katanya yang hadir bersama suami dan anak.
3:22
3:16
KERDAU Anggota polis masih berkawal di sini, sebahagiannya berada di tengah-tengah antara kedua-dua penyokong.

Jarang-jarang sekali kelihatan pengundi datang menunaikan tanggungjawab di sini dengan tempoh mengundi tingal kurang dua jam lagi.
3:16
MERLIMAU Suasana di beberapa tempat pembuangan undi di dun merlimau mulai lengang, tetapi para penyokong kedua parti tetap terus bersemangat menjalankan tugas mereka.
3:14
3:12
3:07
KERDAU Penyokong PAS tidak banyak berubah, masih ramai seperti pagi tadi di SMK Kerdau.

Manakala hanya sekelompok penyokong BN masih sedia di sini.

Mereka hanya mendengar apa sahaja yang dilaungkan penyokong PAS kepada mereka.

Hanya kadang kala berbalas sorakan, saling tuduh menuduh.
3:05
MERLIMAU Hujan dijangkan turun petang ini.
2:54
KERDAU Seramai 6,805 pengundi iaitu sebanyak 75.62% telah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular