Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 6, 2011

'Kuda' ameno pandai menari......

Kata orang, seronok jadi manusia berbangsakan ameno. Kemana saja pasti akan ada beberapa 'kuda' yang bersedia untuk di'tunggangi'nya. Tetapi dalam banyak-banyak 'kuda'nya, 'kuda' ini yang paling disayanginya. Bukan dia tak sayang pada 'kuda-kuda' lain.


'Kuda-kuda' lain pun banyak jugak berjasa kepadanya tetapi kadang-kadang ameno ada jugak mematuhi karenah 'kuda-kuda' 'tunggangan'nya yang lain tu. Itu yang leceh sikit.....


Yang buat Umno sangat sayang kepada 'kuda' yang sungguh istimewa ini, ialah 'kuda' ini sangat pandai menari. Satu kebolehan luar biasa yang tiada pada 'kuda-kuda'nya yang lain.

Tarian kuda ini boleh memukaukan penonton sehingga segala cacat cela ameno akan tenggelam. Lompatan 'kuda' ini tidak payah diajar atau disuruh. Lariannya tak payah dipacu. Sesekali 'kuda' ini merengek......berderau darah gemuruh penonton......alahai.....kalau nak tahu silalah baca kat bawah :
(al-brangi Online)


SPR takrifkan rasuah, guna premis awam

Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) menjelaskan, dakwaan berlaku penggunaan premis awam dalam pilihan raya kecil Kerdau seperti didakwa PAS mungkin disebabkan salah tanggap semata-mata.

Timbalan Pengarah SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika sesebuah parti hanya mendirikan khemah di sebelah premis awam dan menggunakan kemudahan berdekatan tempat itu, ia tidak boleh dikatakan kesalahan.

"Jadi inilah yang saya agak mereka anggap BN menggunakan premis awam," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pagi tadi menyenaraikan penggunaan premis awam dan dan pengumuman peruntukan dan projek oleh pemimpin BN di Kerdau yang didakwanya melanggar Akta Kesalahan (Perjalanan) Pilihan Raya 1954.

Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS Kerdau menyatakan kekesalannya terhadap pelbagai pihak berkuasa, termasuk SPR tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Premis yang didakwa terlibat antaranya padang awam Teluk Sentang, masjid dan sekolah Kebangsaan Batu Sawar serta dewan prang ramai Felda Jengka 23.

Manakala antara yang didakwa boleh ditakrifkan sebagai rasuah pula antaranya bayaran wang SES berjumlah RM13,000 seorang peneroka atau sebanyak RM3,367,558.00 kepada peneroka Felda Jengka 22 pada 7 Mac.

Bercakap dalam sidang media di Temerloh petang ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan perkara itu tidak berlaku esok dan akan bercakap sekali lagi dengan pucuk pimpinan parti terlibat.

Sementara itu, ditanya tentang pengumuman projek dan peruntukan sepanjang pilihan raya kecil DUN itu, Wan Ahmad menjelaskan rasuah menurut akta kesalahan pilihan raya merujuk kepada pembelian undi "daripada calon kepada pengundi".

"Kalau melibatkan yang di depan sana pelbagai manusia, (itu) bukan semua pengundi," katanya sambil menyerahkan perkara itu sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mkini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular