Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 16, 2011

Tunjukkan Satu Hak Melayu yang Tergadai di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat!!!!

NOTA EDITOR: Tulang Besi mengalu-alukan konvensyen yang bakal diadakan oleh PAS bertajuk "Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS" yang akan diadakan pada 19 Februari ini.
Sudah tiba masanya PAS memerangi segala fitnah yang datang dari UMNO berkaitan hak dan kelebihan Melayu. 

Sehingga HARI INI, UMNO dan BN tidak mampu memberi WALAU SATU contoh hak melayu tergadai di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Malahan, Pakatan Rakyat telah cuba mengembalikan kekuasaan Raja-Raja Melayu di Selangor, namun UMNO YANG MENOLAK.

Tulang Besi berharap sangat, natijah dari konvensyen ini, segala fitnah dan pembohongan UMNO berkaitan hak Melayu akan musnah seperti musnahnya rejim Mubarak.

Amin!!!




KUALA LUMPUR, 16 Feb: PAS akan mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS pada 19 Februari ini untuk membincangkan masalah Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, konvensyen berkenaan akan menjawab segala kekeliruan mengenai kedudukan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

"Konvensyen ini akan menjawab persoalan-persoalan yang cuba dikelirukan dalam masyarakat Melayu dan Bumiputera negara ini oleh Umno BN yang cuba membentuk sikap rakyat bahawa Pakatan Rakyat yang meminggirkan Melayu," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Ianya akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) dari jam 9 pagi hingga 5 petang dengan pembentangan beberapa kertas kerja.

Konvensyen itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan kertas kerja "jaminan PAS " pada jam 2.30 petang.

Mengulas lanjut, beliau yakin melalui konvensyen itu dapat memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat akan mempertahankan segala perkara yang berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Selepas pilihan raya umum 2008 Umno BN cuba menimbulkan perkara-perkara bersifat sentimen perkauman kononnya Melayu terancam dan terpinggir.

"Jadi kita akan memberikan kefahaman kepada masyarakat khususnya Melayu dan Bumiputera di seluruh negara bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus pertahankan segala perkara yang berkaitan keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Pada konvensyen itu juga PAS akan menjelaskan kepada rakyat bahawa situasi Melayu mundur adalah disebabkan kegagalan Umno BN.

"Sejak 53 tahun tahun yang dikatakan Melayu terpinggir dan terancam ini disebabkan tiada political will daripada pemerintah untuk mempertahankan agenda Bumiputera menyebabkan ianya berkecamuk," katanya.

Merujuk kepada penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, beliau berkata ianya satu lagi bukti bahawa agenda Melayu dan Bumiputera sebelum ini menemui kegagalan.

Namun ujarnya konvensyen berkenaan sudah dirangka beberapa bulan lalu bukan sebagai respon kepada penubuhan Teraju.

Selain Abdul Hadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan membentangkan kertas kerja "Melayu Pulau Pinang dalam era Pakatan Rakyat".

Satu lagi kertas kerja '53 tahun merdeka kedudukan Melayu Bumiputera terhakis' akan dibentangkan oleh bekas pengerusi Bernama, Prof Datuk Abu Bakar Hamid yang juga bekas pensyarah Universiti Malaya.

Pesertanya terdiri daripada badan-badan bukan kerajaa (NGO), wakil parti dalam Pakatan Rakyat, tokoh-tokoh teertentu termasuk pensyarah dan mahasiswa daripada Melayu dan bukan Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular