Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 17, 2011

Permohonan semakan inkues Teoh - 23 Mei

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh pendengaran semakan kehakiman terhadap keputusan terbuka mahkamah Koroner membabitkan kematian, setiausahapolitik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan 23 Mei selepas dipersetujui timbalan pendakwa raya, Dzulkifli Ahmad dan peguam keluarga Teoh, Karpal Singh.

Semakan kehakiman itu dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang tidak berpuas hati dengan penghakiman keputusan terbuka yang dibuat pada 5 Januari lalu. 

Koroner Azmil Muntapha Abas dalam penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 memutuskan punca kematian pembantu politik itu bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh. - Mkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular