Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 16, 2011

Pembantu MB, pembantu TPM antara calon BN PRK Kerdau

Umno Bahagian Kuala Krau dikatakan sudahpun bermesyuarat dan menghantar beberapa nama bagi diteliti pimpinan parti tersebut dalam usaha mempertahankan kerusi BN dalam PRK Kerdau.
Meskipun nama tersebut belum diisytiharkan, akhbar Sinar Harian hari ini yang memetik daripada Ketua Umno Bahagian itu Datuk Ismail said, telah menyenaraikan beberapa nama yang bolehlah dikira ‘muktamad’.

Antaranya ialah Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rodzuan Zaaba, Norahan Abu Bakar, Abdul Razak Ahmad, Mohd Arhan Salahuddin, Datuk Redzwan Harun dan Norhasmimi Abdul Ghani. Syed Ibrahim merupakan Pegawai Agama Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian. Beliau dikatakan ‘the top’ malah hari ini ada sahabat memberitahu Datuk Seri Adnan, Ketua Bahagian dan ketua-ketua Jabatan membuat pertemuan tertutup di bangunan Yayasan Pahang, Kuantan.

Rodzuan Zaaba ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Norahan (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian), Abdul Razak (Setiausaha UMNO Bahagian), Mohd Arhan Pembantu Tan Sri Muhyiddin Yassin), sementara Redzwan ialah bekas Adun Kerdau (2000 – 2008) dan Norhasmimi pula Ketua Puteri Kuala Krau.

Namun begitu seorang lagi calon yang tidak disenarai tetapi dikatakan ‘ghairah’ untuk bertanding ialah Guru Besar Sekolah Teluk Sentang Hasan Mohd Amin. Beliau yang merupakan AJK Umno Bahagian Kuala Krau dan Ketua Cawangan Umno Kerdau dikatakan mempunyai ramai saudara mara di Dun tersebut. 

Seorang lagi yang disebut-sebut ialah bekas pemain bola sepak Pahang dari Lipat Kajang. Beliau kini seorang usahawan tani.

Begitu pun, setakat ini Syed Ibrahim yang berasal dari Kampung Tekal (termasuk dalam Dun Kerdau) dikatakan calon pilihan Adnan. Namun mungkin ada yang memeranjatkan jika Muhyiddin mahukan Mohd Arhan atau namanya di Kerdau “Cenni”. Beliau ialah anak bekas Adun Kerdau Salahuddin yang kini sudah menyeberang kepada PAS. 

Dikatakan golongan muda “meminati” beliau.

Ada yang berkata Abdul Razak dan Datuk Redzwan merupakan ‘orang’ Datuk Ismail. Sementara yang lain itu dikatakan sekadar disenaraikan mengikut hairaki parti dan mungkin masa ini bukan giliran mereka.

Oleh kerana Kerdau sehingga artikel ini ditulis ‘kerusi selamat’ BN, nampaknya calon-calon yang tersenarai semakin rancak berpolitik dan lobi melobi bagi menarik perhatian pemimpin Pusat. Politiking juga nampaknya agak sengit mirip PRK yang sebenar!

Bagi PAS pula, seperti biasa ‘tolak menolak’ berlaku kepada yang tersenarai. Tetapi nampaknya untuk menyerahkan kerusi secara percuma, pantang sekali.

Pada masa lain saya akan cuba menganalisis calon dan peluang PAS di PRK Kerdau pula. selamatkanpahang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular