Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 17, 2011

Liwat II: Pakar DNA di kandang saksi

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.
Semalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.
Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.
Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."
Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.
Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.
Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG

8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.
Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.
Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.
8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.
Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular