Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 16, 2011

Kenyataan Penuh: Dato' Mohamad Khusrin Selesai Angkat Sumpah Kerahsiaan Hari Ini

Ehsan Prof Muhn Nazrin
Dato' Mohamad Khusrin Munawi mengangkat sumpah kerahsiaan di depan saya selaku Menteri Besar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.
Majlis angkat sumpah ini turut disaksikan barisan Exco Kerajaan negeri ini, diadakan jam 1. 30 petang di Bilik Mesyuarat Exco, tingkat 20 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Angkat sumpah kerahsiaan dilakukan mengikut Perkara 52 (4) Perlembagaan Negeri yang mewajibkan Setiausaha Kerajaan Negeri mengangkat sumpah untuk menyimpan rahsia dan hal-hal sulit yang dibincangkan dalam MMKN.
Mohamad Khusrin akan menghadiri mesyuarat MMKN secara rasmi bermula hari ini. Saya pasti Datuk Mohamad Khusrin dapat menjalankan tugas secara jujur, tertib dan profesional.
Bagaimanapun, Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dikembalikan kepada DYMM Sultan dan Menteri Besar.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular