Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 16, 2011

Fitnah II: Tumpuan aduan Saiful lakukan ‘seks oral’


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini apabila peguam bela Anwar menyoal balas Ketua Unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan.
Perbicaraan disambung di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Dalam perbicaraan Isnin lalu, Dr Khairul memberitahu mahkamah pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa melakukan seks oral- satu dakwaan terbaru yang sangat mengejutkan kerana ia tidak dikaitkan dengan kes itu sebelum ini.
Dalam keterangannya ketika disoal balas peguam Karpal Singh, Dr Khairul menyatakan beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat Mohd Saiful Bukhari.

Beliau juga memaklumkan kepada mahkamah tidak ingat samada  pegawai penyiasat, Jude Pereira memaklumkan bahawa Saiful dipaksa melakukan seks oral.
“Ia mungkin dari tembual dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami,” katanya.
Beliau juga bersetuju seks oral berbeza dengan seks di dubur yang menjadi aduan asal Saiful sebelum ini ketika di sola peguam.
Dalam keterangannya, Dr Khairul juga berkata Pegawai Penyiasat DSP Jude Pereira turut hadir ketika pemeriksaan perubatan terhadap Saiful Bukhari pada 28 Julai 2008.
Namun beliau mengatakan kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital berkenaan merupakan perkara biasa. Karpal berkata beberapa aspek penting tidak diisi dalam borang proforma yang seharusnya dibuat oleh Dr Siew Sheue Feng. Tidak ada pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan mangsa dan peristiwa semasa kejadian.
Dr Khairul juga mempertahankan Saiful tidak menyatakan percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borong proforma menyatakan sebaliknya.
Ketika sesi soal balas diambil alih peguam Sankara Nair, Sankara memberitahu mahkamah botol yang terisi dengan sampel bahan bukti menunjukkan tanda-tanda telah diusik.
Sewaktu ditanya pendakwa raya Dr Noordin Hassan samada beliau mengecam tandatangan yang terdapat pada muka surat 3,5, dan 6 laporan proforma sebagai milik Dr Siew, Dr Khairul berkata beliau tahu bagaimana rupa tandatangan Dr Siew namun tandatangan pada muka surat tersebut bukan tanda tangan Dr Siew.
“Anda cam tandatangan Dr Siew?” tanya Noordin.
“Ya,”kata Dr Khairul.
“Adakah ini (pada helaian 3,5,6) tandatangan Dr Siew?” tanya Noordin lagi.
“Tidak,”kata Dr Khairul
Dr Khairul juga memberitahu beliau tidak pernah dimaklumkan mangsa akan berlakunya cubaan liwat atau oral seks.
Beliau juga memberitahu mahkamah laporan proforma yang dikatakan disediakan Dr Siew tidak pernah ditunjukkan kepadanya sebelum ini.
“Adakah orang yang menulis laporan ini membuat rujukan silang kepada anda?” tanya Noordin.
“Tidak,” jawab Dr Siew.
Selesai sesi soal balas oleh Noordin Hassan, peguam Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menjadikan borang proforma tersebut, yang ditanda sebagai eksibit D28 dijadikan sebagai bahan bukti rasmi di mahkamah.
Turut hadir PADA perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Beberapa wakil luar turut hadir memerhati perbicaraan termasuk dari Kanada dan Ireland.
Hadir di galeri awam adalah Ahli Majli Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular