Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 14, 2011

CALON PAS TELAH DIPILIH AKAN DIUMUMKAN PADA 24 FEB

Calon PAS DUN Merlimau telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat  di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam dan ianya tidak akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pengarah PRK Merlimau, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menyatakan nama calon akan hanya  diumumkan pada 24 Februari ini dalam satu majlis di Markaz PAS Merlimau.
Seperti biasa, calon PAS adalah seorang  anak tempatan, memenuhi criteria yang ditetapkan Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama’.
“Calon PAS akan melalui tapisan yang amat ketat di mana kita tidak memilih secara tangkap muat. Kita akan meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya dalam memilih calon” kata sumber dalaman PAS Negeri.
Ditanya siapa calon tersebut, beliau menjawab pihak PAS Negeri juga tidak mengetahui siapa calon yang dipilih oleh pimpinan PAS Pusat.
“PAS Negeri menurutnya akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada PAS Pusat dan calon yang dipilih kerana perjuangan kita bukan atas nama manusia tetapi adalah untuk menegakkan keadian, makruf  dan menentang segala kezaliman , maksiat dan ketidakadilan” tambah beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular