Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 13, 2011

Aktivis HRP ditahan polis


KUALA LUMPUR: Kira-kira 75 penyokong Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan di seluruh negara hari ini sewaktu berkonvoi mempromosi perhimpunan anti perkauman yang dirancang mereka tidak lama lagi.
Pecahan yang ditahan adalah seperti berikut- Ipoh (6 orang), Rawang (5 orang), Seremban (32 orang), Brickfields (20 orang), dan Bangsar (12 orang).

Polis menahan mereka dipercayai sebagai sebahagian daripada usaha menggagalkan perhimpunan ‘Anti-Perkauman Umno’ yang dijadual berlangsung 27 Februari ini di KLCC.
Penahanan penyokong HRP tersebut dipercayai bermula pada kira-kira jam 2.45 petang apabila 20 orang penyokong HRP ditahan di Brickfields.
Ketua Polis Daerah (OCPD) Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid pada sidang akhbarnya berkata, mereka ditahan dan dibawa ke balai polis Travers, Brickfields kerana menganggu lalulintas dan bergerak dalam kumpulan yang ramai.
Katanya, kesemua tahanan akan dirakam kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Kanun Keseksaan.
Pada jam 3.20 petang pula, sejumlah 68 penyokong HRP ditahan di seluruh negara termasuklah Ketua penyokong Hindraf Perak, Ramesh; Ketua penyokong Hindraf Selangor, Tamil Selvam; serta Ketua penyokong Hindraf Negeri Sembilan, Siva Kumar.
Laporan terakhir sehingga 4 petang daripada laman web HRP melaporkan 75 orang ditahan polis di seluruh negara.
Menurut Malaysiakini, seorang saksi ketika dihubungi mendakwa, anggota polis menunjuk penumbuk dan mengancam untuk memukul (anggota HRP).
Kamera milik seorang anggota konvoi di Selangor turut dirampas dan dipukul di muka, manakala polis juga didakwa ‘amat kasar’ terhadap anggota HRP di Perak, lapor portal berita tersebut. http://fun.ly/a2ta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular