Sebuah pendedahan membabitkan bekas Menteri Besar Perlis dilaporkan oleh laman web Sabahkini yang ditulis oleh seorang penulis yang menggelarkan dirinya sebagai Malaysialeaks. Laman Web itu melaporkan bahawa Tun Abdullah atau nama manjanya "Pak Lah" telah menyembunyikan kes zina yang dilakukan oleh Shahidan Kassim dengan seorang gadis.
Laman web itu juga mendakwa bahawa Shahidan Kassim telah memaksa gadis itu untuk menggugurkan kandungannya. Mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.
Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.
Bagaimanapun, MiLo SuaM belum mendapat sebarang pengesahan tentang berita ini. Berikut sumber laporan yang diperolehi daripada laman sesawang Sabahkini, sila klik untuk membaca sendiri klik sini
Satu hadis, dari Kaab bin ‘Ujrah berkata, bahawa Nabi SAW ada bersabda;
إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ
Maksudnya;
“Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya”
[An-Nasai : 4136]
ReJaM© "Adakah ini sebabnya Shahidan tidak dipilih menjadi Menteri Besar Perlis lagi?"