Tok Lipur telah menulis empat siri mengenai sandiwara zina Adun Pas.Ini bukan Siri Kelima.Hal ini kerana mereka setakat ini belum ada perkembangan terkini untuk merekacipta fitnah apa pula selepas ini.Tapi, siri hari ini adalah siri 4.1 - SIRI SELINGAN PENDEDAHAN ADUN BERZINA.
Oleh itu,Tok Lipur mahu memberikan tajuk cerita ini seperti berikut:
Pendedahan rogol ke atas seorang amah oleh seorang Pak Menteri dikatakan bermula melalui seorang blogger pro kerajaan,Ahirudin Atan@Rocky bru,rentetan daripada pendedahan Wikileaks.Pada mulanya,ramai pihak yang tertanya-tanya siapakah menteri terbabit,namun sehingga sekarang heboh mengatakan Menteri yang terbabit dalam kes rogol amah adalah seorang Menteri yang pernah membakar jambatan puluhan tahun yang lalu.
Pendedahan yang pada mulanya bersifat tidak pasti kemudiannya tambah hangat dengan pendedahan dokumen-dokumen di ruang siber.Berikut dikatakan laporan daripada Migrant Care:
bacaan lanjut boleh baca di blog http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/
Isu ini menjadi satu isu besar memandangkan ianya bukan didedahkan oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat tetapi daripada belah mereka sendiri,maka sudah semestinya ianya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.
Adakah ini amah kepada Menteri Bakar Jambatan? |
4.1 PENCACAI MULA MENGGELABAH
Para pencacai Umno di facebook sebenarnya mula menggelabah.Mereka seawal bulan Disember 2010 cuba mewujudkan momentum berterusan ke atas fitnah zina Adun Selising supaya isu tersebut sentiasa boleh dihangat dan diungkit-ungkit sehingga Pilihanraya Umum ke 13.Pun begitu,sikap gelojoh mereka dalam menipu terkantoi apabila hasil penyiasatan Tok Lipur mendapati percanggahan fakta mereka sendiri dalam Siri Empat yang lalu.
Kini,fitnah-fitnah tersebut mulai basi setelah timbul isu menteri rogol amah yang lebih meletup saban hari. Segala entri fitnah mereka ke atas Adun Selising mula dibiarkan orang ramai seperti melihat "spam" di internet.
Justeru,para pencacai berbayar di internet mulai marah kepada Rocky Bru yang mendedahkan isu ini sehingga mereka telah mula menyerang Rocky Bru secara peribadi.Bagi mereka,Rocky Bru adalah pengacau yang mengalih perhatian umum terhadap fitnah mereka.Azmy Awang Ketua Pencacai mula mengarahkan juaknya, Pas Beruk untuk memfitnah Rocky bru melalui sekeping gambar di facebook: