Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 2, 2011

Isu Nie Ching tidak besar, isu hab hiburan malam dan menteri didakwa merogol lagi besar!


Sekali lagi diingatkan kepada media dan pencacai UMNO, daripada kamu semua 'geramkan' pakaian sendat senamrobik Teo Nie Ching lebih baik kamu semua riuh dan dedahkan masalah yang lebih besar dari itu. Dakwaan ada menteri senior kerajaan Najib Rosmah merogol amah Indonesia lebih perlu didedahkan.

Dakwaan ini perlu digesa oleh media untuk disiasat secara telus bukan didiamkan. Dakwaan menteri merogol ini adalah terlalu serius kerana ia melibatkan masalah hubungan antara dua negara dan maruah Malaysia yang telah banyak tercalar di sana-sini kerana ketidak-cekapan dan tidak berintegritinya kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib-Rosmah.

Jika Anwar Ibrahim dituduh meliwat, maka terus disiasat dan Anwar didakwa di mahkamah, bagaimana pula dengan menteri yang di tuduh merogol itu? Tidak adakah cadangan untuk menyiasat dan jika benar, dakwa menteri itu segera!

Janganlah pasukan penyiasatan dan pendakwaan di Malaysia lebih teruk daripada di Israel. Sekurang-kurangnya rejim zionis Israel menyiasat menterinya yang merogol kemudian mendakwa dan akhirnya didapati bersalah dan memenjara. Apakah pendakwaan di Malaysia lebih teruk daripada di Israel? Inilah sepatutnya yang media dan pencacai UMNO perlu bisingkan bukan soal Teo Nie Ching yang bukan isu langsung itu.

Perkara lain yang perlu media dan pencacai UMNO bisingkan kepada PM kamu ialah pelaksanaan program Transfomasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia hab hiburan malam. Kesan program ini lebih besar buruknya dari apa yang Nie Ching lakukan dalam keadaan dia tidak ada ilmu tentang etika pakaian Islam.

PM Najib dan regunya Rosmah begitu ghairah kejarkan RM1.8 bilion dari industri hab hiburan demi ekonomi (ekonomi untuk siapa?) tanpa memikirkan kesan moral idea mereka itu kepada kesejahteraan rakyat.

Dijangkakan idea Najib-Rosmah itu akan mewujudkan beberapa zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Kelang, Genting Hinglands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Tidakkah pencacai UMNO fikirkan kesan buruk dari perancangan gila ini akan menyuburkan penyeludupan warga asing terutama kaum wanita sebagai pekerja sosial (pelacur) mahu pun dalam kalangan anak-anak remaja tempatan terutama anak-anak Melayu bagi memenuhi keperluan industri tersebut? Apakah kesannya kepada pegangan agama Islam anak-anak Melayu jika mereka saba hari hanyut mencari makan dalam industri hiburan malam itu? Ini lebih bahaya dari pada pakaian Nie Ching !

Kajian menunjukkan gejala sosial seperti pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain adalah berpunca daripada hiburan yang berlebihan dan tidak terkawal. Oleh yang demikian kewujudan hab hiburan malam dan kes menteri didakwa merogol (merogol!), sebenarnya lebih isu dari pada isu pakaian Nie Ching!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular