by tvselangor
SHAH ALAM, 3 Jan – Kerajaan Negeri Selangor akan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan penasihat undang-undang negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meminta speaker untuk mengadakan sidang tergempar sidang Dewan Undangan Negeri bagi meminda undang-undang terbabit.
Beliau juga menegaskan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi tidak akan mengangkat sumpah dihadapan menteri besar .
Datuk khusrin tidak akan dibenarkan hadir pada sebarang majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Tan Sri Khalid menegaskan menerusi mesej twitternya.
” Sehingga penyelesaian dicapai kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang majlis berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri,” tambah beliau.
Khalid berkata demikian semasa dalam perjumpaanya bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi.
Tuanku juga telah menasihatkan kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
” DYMM berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima dan menolak calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,”
[Berita penuh menyusul]