by wartamaya
"Cantik talipinggang kau", kata kawan. Aku tersengih bangga. "Mahal ke?", tanya nye lagi.
"Dak ahh .. cuma RM400 je", aku jawab.
"Cabut dulu .. Tinggal je dalam kereta dan lepas tu baru kita masuk masjid", kata nya.
"Tak boleh ..nanti suar aku lucut!", aku jawab.
"Cuba lipatkan atas seluar tu ..bagi dia ketat sikit", cadangnya.
"Wooo .. ok gak!", aku jawab.
Dan aku sedikit menggoogle pagi ni dan mencari beberapa artikel.
Maka Aku terKLIK DI SINI dan DI SINI
Ulama memutuskan, apa jua haiwan yang mati tanpa sembelih, hukumnya najis kerana ia bangkai, tetapi semua bangkai kulitnya boleh disucikan melalui samak, kecuali kulit anjing dan babi menurut kebanyakan ulama termasuk Syafie.
Bagaimanapun Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat, kulit-kulit anjing dan babi juga boleh disucikan dengan samak, kerana hadis riwayat Muslim menyatakan: Apa jua kulit haiwan, suci apabila disamak (Muslim, bilangan 366).
Selepas solat .. Kawan pun berkata, "Bagus juga kalau niaga kulit halal .. boleh masuk ke mana-mana".
Itu 3 tahun lepas.
Sekarang dia sudah berniaga barangan kulit HALAL, yang siap ada cop "Halal" dan di sahkan "Halal" ...
Perghh .. macam-macam. Saje je nak kongsi cerita. Wakakak !!!