from al-brangi Online

Kalau berlaku kemalangan kereta......orang ramai akan merasa takut naik kereta? Begitu?
Kalau feri karam......kapal terbang terhempas......motorsikal berlanggar treler.....basikal masuk lubang? Orang ramai merasa takut naik semua itu? Begitu?
Kenapa selepas kemalangan baru timbul nak siasat keadaan kenderaan terbabit, nak periksa kompetensi pemandu, nak siasat syarikat terbabit? Nak siasat keadaan jalan? Nak siasat lesen pemandu? Nak siasat lesen syarikat operasi?
Kenapa selepas kehilangan banyak nyawa......baru nak buat 'kerja'?
Dimana kerja-kerja penguatkuasaan selama ini?
Jangan sampai orang hilang kepercayaan kepada Kerajaan......
Memang orang awam sudah hilang kepercayaan pun. Umno/BN sekarang sudah ibarat bas yang uzur. Orang awam sudah takut menaikinya lagi. 'Bas' baru perlu dicari. Syarikat operasi kenderaan yang baru perlu diganti. Beberapa 'pemandu' yang cekap sudah dikenalpasti.
Orang awam mempunyai tiada pilihan lagi kecuali bersama Pakatan Rakyat.