Kerajaan Najib tidak pernah menyelindungi tekadnya untuk terus melaksanakan dasar afirmatif bumiputera. Ia dapat diperlihat apabila kerajaan menerap dasar afirmatif bumiputera ke dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).Dengan jelas RMK-10 menyatakan bahawa agenda pembangunan bumiputera bakal menjadi teras dasar pembangunan ekonomi negara, dan kerajaan akan berusaha untuk memperbaiki kedudukan bumiputera yang tidak seimbang dari segi ekonomi dan pengagihan kekayaan, termasuk hartanah bumiputera, pemilikan perusahaan, peluang pekerjaan pasaran dan keterlibatan dalam aktiviti nilai tambahan dan sebagainya.Tumpuan dasar pembangunan bumiputera kerajaan yang seterusnya menuju ke tiga halatuju yang berikut. Pertama, memperkasa usahawan bumiputera; kedua, mempertingkat pemilikan kekayaan bumiputera; dan ketiga, menggalakkan keterlibatan bumiputera dalam peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi.Kerajaan menekankan dalam RMK-10 bahawa bumiputera paling lemah dari segi pemilikan hartanah dan komersial. Untuk beberapa tahun yang lalu, pemilikan bumiputera dalam bangunan komersial meningkat dengan kadar yang amat perlahan, 11.7% pada tahun 2005 kepada 14% pada tahun 2008. Latar belakang ini mungkin menjelaskan mengapa kerajaan tetap dengan hasratnya untuk membina menara 100 tingkat melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) tanpa mengambil kira sama faktor keperluan bangunan pejabat dalam pasaran.PNB dan dasar afirmatif bumiputeraPNB diasaskan dengan misi yang dipikulnya, "Kami adalah organisasi pelaburan ulung yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara bagi faedah rakyat Malaysia".PNB ditubuhkan 17 Mac 1978, "sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan membina peluang kepada profesional Bumiputera yang sesuai menyertai pewujudan dan pengurusan harta.Sebelum PNB diasaskan, Timbalan Perdana Menteri kedua ketika itu, Abdul Razak menggariskan matlamat agar ekuiti bumiputera mencecah 30% melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Namun, matlamat ini tidak tercapai berikutan individu bumiputera terus menjualkan unit saham yang dibahagi kepada dirinya. Wang itu dibelanjakan dan bukannya digunakan untuk pelaburan semula.Untuk mengelakkan pengurangan saham bumiputera dalam bidang komersial, kerajaan Abdul Razak (gambar kiri) ketika itu menubuhkan PNB melalui Yayasan Pelaburan Bumiputera, membeli saham perusahaan tempatan secara besar-besaran dan kemudiannya disalurkan kepada tabung amanah saham. Amanah Saham ini kemudian dijualkan kepada bumiputera, sebagai langkah melibatkan bumiputera ke dalam pengagihan ekonomi, malah membantu untuk menyimpan dan menguruskan aset kekayaan bumiputera ini.Bermula dari sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan RM200 juta (Yayasan Pelaburan Bumiputera) pada tahun 1978, PNB kini merupakan institusi pelaburan utama negara dengan pengurusan dana yang berjumlah kira-kira RM150 bilion -meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.Perubahan nyata dalam pelaburanApa yang menarik, terdapat perubahan yang nyata dalam struktur pelaburan PNB sejak beberapa tahun kebelakangan ini. PNB telah mempelbagaikan pelaburannya ke bidang hartanah, berbanding dengan tumpuan kepada pelaburan saham sebelumnya. Ini kerana saham tempatan mengalami penyusutan berbanding tahun 1990-an, malah PNB perlu berdepan dengan saingan sengit daripada pelabur seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lembaga Tabung Haji, Khazanah Nasional Berhad dan sebagainya.PNB perlu mempelbagaikan pelaburannya, supaya sumber pendapatan diperluaskan untuk mengekalkan dividennya pada purata 6% hingga 8%. Antaranya, bidang hartanah menjadi tumpuan pelaburan PNB - melalui pelaburan pada syarikat hartanah, pengambil-alihan dan pengurusan hartanah, amanah pelaburan perumahan dan hartanah dan sebagainya.PNB kini menembusi pasaran hartanah tempatan dengan pemilikan 32.9% saham SP Setia, 20% saham Mah Sing Group, dan pembelian 18.1% saham I-Berhad. Selain itu, PNB melalui Sime Darby Bhd - Sime Property telah memiliki tanah strategik seluas 37,000 ekar yang bertaburan di Utara Selangor, Putrajaya, Seremban dan Port Dickson, malah menguasai 7,200 ekar tanah strategik melalui Petaling Garden Bhd, Island & Penisular Bnd dan Pelangi Bhd.Ia belum lagi termasuk pemilikan hartanahnya seperti Menara PNB, PNB Darby Park, Kenanga International Building, Bangunan MAS, Hotel Perdana (Kota Bahru) dan PNB Ilham Resort (Port Dickson). Pada masa yang sama, PNB masih memegang Amanah Harta Tanah PNB, Amanah Harta Tanah PNB 2, dan PNB Real Estate Investement Trust.Pilihan terbaik untuk mendukung agenda bumiputeraJelas, PNB adalah pilihan terbaik kerajaan Najib untuk projek Menara 100 tingkat dari latar belakangnya. Pendek kata, pembinaan Menara 100 tingkat ini bukan sahaja selari dengan strategi pelaburan PNB, malah seiring dengan agenda pembangunan bumiputera kerajaan. Seandainya diteliti secara terperinci, Najib sebenarnya mempunyai pertimbangan dirinya untuk memilih PNB.Pertama, PNB adalah hasil daripada dasar afirmatif bumiputera di bawah DEB, yang diusahakan ayahanda beliau, Allahyarham Abdul Razak. PNB jelas lebih bermakna berbanding Pelaburan Hartanah Bhd yang ditubuhkan pada zaman Abdullah Ahmad Badawi, syarikat pelaburan yang memikul misi yang sama.Kedua, dari segi kewangan, PNB jelas lebih mantap dan kukuh berbanding Pelaburan Hartanah Bhd, malah PNB mempunyai kelebihan dalam pengalamannya mengembangkan dan mengurus hartanah. PNB kini memiliki dana RM150 bilion, berbanding dengan Pelaburan Hartanah Bhd yang hanya memiliki RM2 bilion sebagai modal awal.Ketiga, PNB memiliki kelebihan yang tidak dimiliki Pelaburan Hartanah Bhd, di mana PNB boleh mengisi hampir 50% ruang pejabat Menara 100 tingkat dengan serta merta; tetapi Pelaburan Hartanah Bhd hanya boleh bergantung kepada keadaan dalam pasaran.Tiga perkara di atas menjadikan PNB "agen" Najib untuk membina Menara 100 tingkat. Justeru itu, Menara 100 tingkat bukan sekadar "bangunan ibu pejabat PNB baru" sahaja, tetapi sebagai lambang kemegahan "zaman Najib" yang memikul misi penting membela agenda pembangunan bumiputera. (Bahagian ketiga, tamat)Bahagian kedua: PNB tidak berniat untuk membina Menara 100 tingkat?*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.
Kerajaan Najib tidak pernah menyelindungi tekadnya untuk terus melaksanakan dasar afirmatif bumiputera. Ia dapat diperlihat apabila kerajaan menerap dasar afirmatif bumiputera ke dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Dengan jelas RMK-10 menyatakan bahawa agenda pembangunan bumiputera bakal menjadi teras dasar pembangunan ekonomi negara, dan kerajaan akan berusaha untuk memperbaiki kedudukan bumiputera yang tidak seimbang dari segi ekonomi dan pengagihan kekayaan, termasuk hartanah bumiputera, pemilikan perusahaan, peluang pekerjaan pasaran dan keterlibatan dalam aktiviti nilai tambahan dan sebagainya. Tumpuan dasar pembangunan bumiputera kerajaan yang seterusnya menuju ke tiga halatuju yang berikut. Pertama, memperkasa usahawan bumiputera; kedua, mempertingkat pemilikan kekayaan bumiputera; dan ketiga, menggalakkan keterlibatan bumiputera dalam peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Kerajaan menekankan dalam RMK-10 bahawa bumiputera paling lemah dari segi pemilikan hartanah dan komersial. Untuk beberapa tahun yang lalu, pemilikan bumiputera dalam bangunan komersial meningkat dengan kadar yang amat perlahan, 11.7% pada tahun 2005 kepada 14% pada tahun 2008. Latar belakang ini mungkin menjelaskan mengapa kerajaan tetap dengan hasratnya untuk membina menara 100 tingkat melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) tanpa mengambil kira sama faktor keperluan bangunan pejabat dalam pasaran. PNB dan dasar afirmatif bumiputera PNB diasaskan dengan misi yang dipikulnya, "Kami adalah organisasi pelaburan ulung yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara bagi faedah rakyat Malaysia". PNB ditubuhkan 17 Mac 1978, "sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan membina peluang kepada profesional Bumiputera yang sesuai menyertai pewujudan dan pengurusan harta. Sebelum PNB diasaskan, Timbalan Perdana Menteri kedua ketika itu, Abdul Razak menggariskan matlamat agar ekuiti bumiputera mencecah 30% melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Namun, matlamat ini tidak tercapai berikutan individu bumiputera terus menjualkan unit saham yang dibahagi kepada dirinya. Wang itu dibelanjakan dan bukannya digunakan untuk pelaburan semula. Untuk mengelakkan pengurangan saham bumiputera dalam bidang komersial, kerajaan Abdul Razak (gambar kiri) ketika itu menubuhkan PNB melalui Yayasan Pelaburan Bumiputera, membeli saham perusahaan tempatan secara besar-besaran dan kemudiannya disalurkan kepada tabung amanah saham. Amanah Saham ini kemudian dijualkan kepada bumiputera, sebagai langkah melibatkan bumiputera ke dalam pengagihan ekonomi, malah membantu untuk menyimpan dan menguruskan aset kekayaan bumiputera ini. Bermula dari sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan RM200 juta (Yayasan Pelaburan Bumiputera) pada tahun 1978, PNB kini merupakan institusi pelaburan utama negara dengan pengurusan dana yang berjumlah kira-kira RM150 bilion -meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset. Perubahan nyata dalam pelaburan Apa yang menarik, terdapat perubahan yang nyata dalam struktur pelaburan PNB sejak beberapa tahun kebelakangan ini. PNB telah mempelbagaikan pelaburannya ke bidang hartanah, berbanding dengan tumpuan kepada pelaburan saham sebelumnya. Ini kerana saham tempatan mengalami penyusutan berbanding tahun 1990-an, malah PNB perlu berdepan dengan saingan sengit daripada pelabur seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lembaga Tabung Haji, Khazanah Nasional Berhad dan sebagainya. PNB perlu mempelbagaikan pelaburannya, supaya sumber pendapatan diperluaskan untuk mengekalkan dividennya pada purata 6% hingga 8%. Antaranya, bidang hartanah menjadi tumpuan pelaburan PNB - melalui pelaburan pada syarikat hartanah, pengambil-alihan dan pengurusan hartanah, amanah pelaburan perumahan dan hartanah dan sebagainya. PNB kini menembusi pasaran hartanah tempatan dengan pemilikan 32.9% saham SP Setia, 20% saham Mah Sing Group, dan pembelian 18.1% saham I-Berhad. Selain itu, PNB melalui Sime Darby Bhd - Sime Property telah memiliki tanah strategik seluas 37,000 ekar yang bertaburan di Utara Selangor, Putrajaya, Seremban dan Port Dickson, malah menguasai 7,200 ekar tanah strategik melalui Petaling Garden Bhd, Island & Penisular Bnd dan Pelangi Bhd. Ia belum lagi termasuk pemilikan hartanahnya seperti Menara PNB, PNB Darby Park, Kenanga International Building, Bangunan MAS, Hotel Perdana (Kota Bahru) dan PNB Ilham Resort (Port Dickson). Pada masa yang sama, PNB masih memegang Amanah Harta Tanah PNB, Amanah Harta Tanah PNB 2, dan PNB Real Estate Investement Trust. Pilihan terbaik untuk mendukung agenda bumiputera Jelas, PNB adalah pilihan terbaik kerajaan Najib untuk projek Menara 100 tingkat dari latar belakangnya. Pendek kata, pembinaan Menara 100 tingkat ini bukan sahaja selari dengan strategi pelaburan PNB, malah seiring dengan agenda pembangunan bumiputera kerajaan. Seandainya diteliti secara terperinci, Najib sebenarnya mempunyai pertimbangan dirinya untuk memilih PNB. Pertama, PNB adalah hasil daripada dasar afirmatif bumiputera di bawah DEB, yang diusahakan ayahanda beliau, Allahyarham Abdul Razak. PNB jelas lebih bermakna berbanding Pelaburan Hartanah Bhd yang ditubuhkan pada zaman Abdullah Ahmad Badawi, syarikat pelaburan yang memikul misi yang sama. Kedua, dari segi kewangan, PNB jelas lebih mantap dan kukuh berbanding Pelaburan Hartanah Bhd, malah PNB mempunyai kelebihan dalam pengalamannya mengembangkan dan mengurus hartanah. PNB kini memiliki dana RM150 bilion, berbanding dengan Pelaburan Hartanah Bhd yang hanya memiliki RM2 bilion sebagai modal awal. Ketiga, PNB memiliki kelebihan yang tidak dimiliki Pelaburan Hartanah Bhd, di mana PNB boleh mengisi hampir 50% ruang pejabat Menara 100 tingkat dengan serta merta; tetapi Pelaburan Hartanah Bhd hanya boleh bergantung kepada keadaan dalam pasaran. Tiga perkara di atas menjadikan PNB "agen" Najib untuk membina Menara 100 tingkat. Justeru itu, Menara 100 tingkat bukan sekadar "bangunan ibu pejabat PNB baru" sahaja, tetapi sebagai lambang kemegahan "zaman Najib" yang memikul misi penting membela agenda pembangunan bumiputera. (Bahagian ketiga, tamat) Bahagian kedua: PNB tidak berniat untuk membina Menara 100 tingkat? *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal. |