Berikut ialah kenyataan Timbalan perdana menteri malaysia iaitu Muyiddin yasin berkenaan isu kemiskinan tegar di malaysia. Sila lihat petikan tersebut dengan teliti.
1. Negara kita dah memenuhi sasaran membasmi kemiskinan tegar. Apa sasaran negara kita sebenarnya? Aku pun taktahu. Tapi apa yang pasti yang disasarkan oleh pemimpin negara kita sudah tercapai. Tahniah. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan pengangkutan awam.
2. Kerajaan berbangga kerana berjaya mengurangkan kemiskinan dikalangan rakyat. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan harga barang.
3. TPM cakap pencapaian kerajaan membanteras kemiskinan tegar mencapai tahap yang membanggakan. Ya sangat bangga. Tahniah. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan harga petrol.
4. TPM juga berpesan rakyat jangan sibuk bergantung harap kepada bantuan kerajaan semata-mata. Ini tiada kena mengena dengan kroni dan sistem IPP, apatah lagi PFKZ dan kehilangan enjin jet.
5. TPM juga menasihati yang miskin tak boleh berbangga kerana mereka miskin. [eh ada enh miskin yg merasa seronok kerana mereka miskin?]. Golongan tersebut juga perlu menggunakan pendidikan sebagai jalan keluar dari kelompok kemiskinan. Dan pendidikan ini disediakan oleh kerajaan. Kerajaan petik duit dari langit bayar gaji guru guna pasir bukan hasil cukai wang rakyat. Ini juga tiada kena mengena dengan kenaikan yuran sekolah dan tambang bas sekolah.
6. TPM juga berkata golongan miskin tegar yang seronok sangat jadi miskin sebab ada bantuan dari kerajaan berhentilah berfikir demikian. Ini tidak baik. Ini tiada kena mengena dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dengan gaji yang masih di takuk lama.
Sebab itulah saya minta anda nilai perkara di bawah ini. Saya percaya dan saya yakin sekali. Mereka semua memilih dan berbangga untuk jadi miskin sebab ada kerajaan yang sure confirm akan bantu mereka untuk seumur hidup. Eh ye ke?
Adakah sabah sengaja menjadi negeri termiskin di malaysia kerana dengan sengaja mahu mendapatkan bantuan dari kerajaan? Jika begitu kita semua kena sengaja lah jadi miskin selain berbangga kita juga senang dapat bantuan. Baca betul2 SENANG dapat bantuan. heh
Ameno : Ingatkan orang kaya je rasa bangga jadi kaya, rupanya jadi miskin pun ada yg bangga. heh