Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, December 21, 2010

Perkasa komponen BN ke? ... wakakak !!! Aikk ... UMNO ke UPCO? ... Wakakakak !!!!


Perkasa mahu berkecuali di DUN Tenang, tidak kempen BN

December 20, 2010
Gambar fail Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Perkasa pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk berkecuali dan tidak akan berkempen membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor.
Wakil rakyat itu berkata, Perkasa tidak mahu terlibat dalam kempen membantu BN memandangkan kebanyakan ahlinya juga adalah ahli Umno. Perkasa juga tidak turun berkempen untuk membantu BN di Galas, yang menurunkan calon Umno bulan lalu. Ia aktif berkempen untuk calon BN di Hulu Selangor, Bagan Pinang dan Manek Urai.
“Perkasa mahu kekal sebagai pertubuhan yang berkecuali,” kata Ibrahim (gambar) kepada The Malaysian Insider.
“Kita ada ramai ahli Umno. Jadi, adalah lebih baik Perkasa bertindak berkecuali (di DUN Tenang),” kata beliau lagi. Perkasa walaupun tidak berkempen di Galas, tetapi membenarkan ahli-ahlinya membantu mana-mana parti pilihan mereka termasuk Umno.
Beberapa bulan sebelum pilihan raya kecil DUN Galas, Perkasa berhadapan dengan kritikan bahawa perjuangannya, yang lantang memfokus kepentingan orang Melayu dan tindakan afirmatif Bumiputera, dikhuatiri akan menghakis sokongan bukan Melayu kepada BN.
Calon BN Abdul Aziz Yusoff merampas kerusi Galas daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi. Ketika ditanya sejauh mana Perkasa akan kekal berkecuali dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang, Ibrahim menekankan, pertubuhan berusia dua tahun itu hanya akan menyertai kempen sebagai ahli Umno atau orang perseorangan.
“Itu hak mereka untuk berkempen dalam kapasiti sebagai orang perseorangan, sebagai ahli Umno atau sebagai ahli pertubuhan lain.
“Tetapi ahli-ahli Perkasa tidak boleh mengatakan ‘saya ahli Perkasa dan saya menyokong calon ini,” kata wakil rakyat Pasir Mas, Kelantan ini.
Ibrahim, bekas ahli Umno yang memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS juga berkata, beliau akan menyertai kempen Tenang atas kapasiti sebagai anggota perundangan jika mahu berbuat demikian.
“Saya tidak pasti sama ada saya akan pergi ke sana atau tidak. Tetapi, jikapun saya berucap menyokong bagi mana-mana calon, saya akan bercakap sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, bukan sebagai Presiden Perkasa,” kata Ibrahim lagi.
Ketika ditanya sama ada ahli-ahli Perkasa akan memberikan sokongan sekiranya Umno meletakkan semula calon di Tenang, Ibrahim berkata: “Saya fikir begitu kerana kira-kira 95 peratus ahli Perkasa dari Johor adalah ahli Umno.”
“Tetapi Perkasa sebagai sebuah pertubuhan tidak akan terlibat dalam pilihan raya ini. Perkasa mahu kekal sebagai satu pertubuhan berkecuali,” katanya lagi.
Menurut Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali, terdapat 30,000 ahli Perkasa di Johor. “Di Johor, ada kira-kria 30,000 ahli. Di Segamat, ada sekitar 5,000 orang, kira-kira 1,000 ahli di Tenang,” kata Syed Hassan.
BN akan diwakili calon Umno untuk bertanding di DUN Tenang manakala calon daripada PAS akan dipilih untuk bertanding sebagai mewakili Pakatan Rakkyat.
Pakatan Rakyat membuat keputusan mereka itu pada mesyuarat bersama diadakan di Kepala Batas semalam.
Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular