Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 19, 2010

Konvensyen Pakatan bermula dengan amaran pada Umno

Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan 
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.

Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.



Konvensyen Pakatan Rakyat bermula pagi ini dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Umno daripada 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.

arrival of leaders pakatan second convention in Penang crowdKatanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan 
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.

Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.

pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speech

Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua 
umum PKR, Datuk SeriAnwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


pakatan convention eve ceramah 191210 crowdKira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang.

Malam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular