Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren berkata agen dari PKR dan DAP tidak dibekalkan borang tersebut yang mengesahkan jumlah rasmi yang dikira disetiap saluran mengundi.
Borang 14 adalah nama singkatan kepada 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'.
Selepas pengiraan undi selesai, misalanya BN dapat 210 undi dan Pakatan Rakyat dapat 300 undi, maka jumlah undian itu perlu dicatit ke dalam borang 14.
Borang 14 juga akan diisi maklumat- maklumat yang penting seperti;
1) Kedudukan tempat mengundi (Tempat pengundi)
2) Saluran Tempat mengundi (Saluran)
3) Nombor Kod Daerah Mengundi (Kod DUN)
4) Bahagian Pilihanraya (Nama DUN)
Surendren berkata, tindakan pegawai SPR itu merupakan satu kesalahan kerana sepatutnya salinan borang itu diberikan kepada agen calon parti yang bertanding.
“Ini merupakan satu kesalahan serius di bawah 'Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954' kerana akta tersebut perlu diberi kepada agen setiap calon tapi kita mendapat laporan bahawa agen- agen bagi calon Pakatan Rakyat dibeberapa tempat tidak diberi salinan borang 14,
"Jadi maknanya pegawai pilhanraya sendiri pegawai SPR sendiri telah melakukan kesalahan,” katanya.
Jelasnya apa yang berlaku itu adalah merupakan satu percubaan menipu dalam pilihan raya dan ia adalah kesalahan jenayah dilakukan sendiri oleh pegawai SPR.
“Ini menunjukkan bahawa memang ada sesuatu percubaan untuk menipu di dalam pilihanraya kerana borang 14 itu mengandungi jumlah undi yang didapati disetiap saluran ataupun pusat mengundi,
"Jadi mengapa mereka enggan memberi borang 14 ? Ini jelas satu percubaan SPR untuk menipu," tegas Surendren lagi.
Perkara berkaitan borang 14 itu timbul apabila Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melaporkan pegawai SPR di kawasan Simunjan dan Asajaya tidak memberi salinan borang 14 kepada agen calon Pakatan.
Note: Kah kah kah kah.. Kalau SPR sebuah badan yang telus.. kalau polis berani tangkap pemimpin Be End yang buat salah.. Kalau SPRM berani tangkap Pemimpin Be End yang beri rasuah pada pengundi.. Kalau media arus perdana berani keluarkan berita Be End rasuah... Dah lama dah Be End kalah... Akhirnya kalau Pilihanraya boleh buatkan Be End kalah... Dah lama dah Be End haramkan... kah kah kah kah.. rubbertapperz