Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 20, 2011

Projek RM50 Juta email 1 Malaysia untuk selamatkan kroni?


Dalam keadaan rakyat malaysia disuruh berjimat cermat, mengubah cara hidup untuk menyerap kesan kegilaan kerajaan menaikkan harga barang-barang keperluan, nampaknya slogan "rakyat didahulukan" yang dilaung-laungkan hanyalah retorik untuk memperbodohkan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat bawahan, dan rakyat miskin.

Ini terbukti dengan idea gila Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak mengumumkan projek email satu Malaysia dengan kos perlaksanaan sehingga RM50 juta sedangkan email-email percuma berlambak-lambak boleh didapati di internet sejak mula internet dicipta [Malaysiakini].
Apa yang jelas, ini merupakan satu pembaziran wang rakyat. Kalau wang milik Najib atau Rosmah, tiada siapa yang marah. Wang yang akan digunakan untuk dibazirkan ini adalah wang rakyat Malaysia. Tambah membimbangkan, nampaknya projek ini sengaja diwujudkan untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang memiliki rekod kewangan yang buruk, yang bermasaalah [Malaysiakini].

Nampaknya rakyat Malaysia dibohong dan diperbodohkan di depan batang hidung atas nama teknologi, keselamatan berhubung secara langsung. Apa yang tak selamatnya bila rakyat menggunakan email percuma? Permintaan rakyat ditolak ke tepi, projek-projek bodoh dilaksanakan untuk memperbodoh dan menipu rakyat dengan wang rakyat sendiri. Kroni-kroni diutamakan.

RM50 Juta memang tak banyak bagi Perdana Menteri dan orang-orang politik atasan tu yang dah biasa sangat memperabiskan wang rakyat sesuka hati. Namun wang itu sangat besar di mata rakyat bawah, rakyat miskin. Rakyat yang ada otak yang berfikiran rasional tentu sekali akan membantah projek ini kecuali, golongan kaki bodek dan gerombolan songkok tinggi yang memang rela dan bangga diperbodohkan.
ReJaM© "Rakyat didungukan, pencapaian kroni diutamakan..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular