Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 22, 2011

1Malaysia Patut Di Tamatkan..


KUALA LUMPUR - Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua meminta perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menamatkan konsep 1Malaysia, yang dicanang beliau selama ini kerana tidak selari dengan dasar yang diamalkan.

Ia berikutan sentimen perkauman yang dimainkan akhbar milik Umno- Utusan Malaysia dan pertubuhan yang dinaunginya, Pertubuhan Pribumi Perkasa kerana membuat kenyataan berunsur perkauman sejak kebelakangan ini.


“Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat. “Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,” katanya seperti dilapor media hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia menerbitkan rencana yang cuba mencetuskan kegelisahan kaum apabila penulis pojok di akhbar itu, Awang Selamat menyeru kepada ‘Gelombang 1 Melayu, 1 Bumi. Ia merupakan rentetan beberapa siri artikel mengapikan sentimen perkauman bagi melaga-lagakan orang Melayu-Cina yang ditulis Awang Selamat.

Artikel itu mendakwa, sentimen anti-BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik.

Timbalan Pengarang Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan turut mencabar kerajaan melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas Cina.

Pada masa yang sama juga, Perkasa Sarawak pula menyalahkan DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat.

Menurut Tian Chua, gesaan tersebut hanyalah mainan politik Umno yang cuba mengeksploitasikan sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada parti itu.

“Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno,” kata Tian Chua. Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, slogan 1Malaysia yang dicipta Najib yang tidak selari dengan pelaksanaanya, mula dipertikai rakyat.

Beliau menyifatkan sentimen perkauman Utusan dan Perkasa itu, berikutan BN tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditolak masyarakat Cina pada pilihan raya Sarawak yang lalu. 

Katanya, senjata perkauman yang diguna BN dengan menggambarkan kemenangan DAP di 12 kerusi kawasan majoriti pengundi Cina sebagai faktor kaum Melayu ditindas hanya bertujuan memecahkanbelahkan masyarakat./KD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular