Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 21, 2011

SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM KHAS MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH KLANG

PKMR
YB, Dato’/ Datin/Tuan/Puan

PROGRAM KHAS MESRA RAKYAT (PKMR) NEGERI SELANGOR PERINGKAT DAERAH  KLANG PADA 22 APRIL 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dengan kerjasama Pejabat Tanah/Daerah Klang  dan Majlis Perbandaran Klang akan  mengadakan program Khas Mesra Rakyat (PKMR) peringkat daerah klang.
Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat dan meninjau lebih dekat permasalahan rakyat di Daerah Klang.

Sehubungan itu, beberapa program yang dihadiri oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah diaturkan yang melibatkan beberapa lokasi sekitar daerah Klang.

Kami amat berbesar hati sekiranya YB/ Dato’/ Datin/ Tuan/Puan  dapat meluangkan masa bagi menyertai proram ini bersama YAB Dato’Menteri Besar bersama rakyat daerah Klang pada 22 April 2011 (Jumaat). Aturcara program seperti berikut:

8.00 pagi  : Perjumpaan Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Kakitangan Awam Dan Pemimpin Masyarakat Daerah Klang
Tempat    : Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah/Daerah Klang

1.30 Tgh   : Solat Jumaat Dan Makan Tengah Hari Bersama Kariah Masjid Dan Penduduk

Tempat     : Masjid Sultan Abdul Aziz, Kg. Perigi Nenas, Pulau Indah

3.30 Ptg     : Lawatan Tapak Ke Pusat Pengembangan Hasil Rakyat

Tempat      : Sekitar Pulau Indah

8.00 Mlm    : Majlis Ceramah Perdana Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Tempat        : Kompleks Sukan Pandamaran, Klang

Untuk sebarang maklumat, pihak YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Setiausaha Bahagian Korporat Kerajaan Negeri Selangor, Encik Muhammad Hanafi Ahmad di talian 013-2577107 atau 03-55447041/7040

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular