Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 22, 2011

Bagaimanakah Rupanya Sebuah Siasatan Yang Lengkap??


Akhirnya rumusan yang dibuat setelah penyiasatan ke atas kematian Allahyarham Ahmad Sarbani selesai nanti juga bergantung kepada 'kebijaksanaan' AG Gani Patail.

Walaupun sebelum ini telah beberapa kali dipulangkan semula kertas siasatan kepada polis kerana pihak peguam negara tidak berpuashati dengan beberapa elemen 'yang tidak lengkap'.

Dengan hanya tertumpu kepada punca kematian maka akan terlepas jugalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana 'suspek' berada di dalam kawalan mereka semasa kejadian sadis itu berlaku. Seperti juga kes yang melibatkan mendiang Teoh Beng Hock.

Agaknya, siasatan yang dikatakan lengkap itu semata-mata untuk memuaskan hati Peguam Negara yang sentiasa dibayangi oleh pihak yang cukup-cukup berkepentingan. Tidak berpuashati, serahkan semula kertas siasatan kepada polis dan pihak polis pastikan siasatan seterusnya telah mengikut 'citarasa'. Baru ia dikatakan siasatan lengkap?


Nasib baik siasatan tidak pilih jalan paling senang dengan mengaitkan kes kematian ini adalah kerana dirasuk hantu dan terjun jatuh bangunan seperti kes ini....

SENTUL – Seorang pekerja kontraktor dikatakan dirasuk hantu, ditemui mati dipercayai akibat jatuh dari rumahnya di tingkat tiga, flat empat tingkat di Jinjang Selatan dekat sini.

Mangsa, dikenali Sou Hong, 36, ditemui jirannya atas rumput di belakang bangunan terbabit, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, dia percaya adiknya itu jatuh selepas dirasuk hantu.

“Sebelum ini, kami sudah dua kali bawanya berjumpa pakar perubatan tradisional, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

“Hari ini (semalam) kami bercadang membawanya menemui seorang lagi pakar perubatan tetapi, tidak kesampaian,” katanya.

Dia yang tinggal di kawasan berhampiran berkata, sebelum mayat adiknya itu ditemui, meja di kawasan tempat bersembahyang di sudut rumah itu didapati berselerak.

“Saya percaya kerana dirasuk, adik saya bertindak demikian sehingga nekad jatuh melalui tingkap rumah,” katanya.

Menurutnya, dia tidak percaya adiknya itu terjun kerana mempunyai masalah kewangan memandangkan dia mempunyai wang simpanan di bank.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular