Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 23, 2011

Hantu UMNO Masih Berkeliaran Di Yayasan Selangor


Masih ada agen Umno dalam Yayasan Selangor’

Macam kerajaan negeri, walaupun menteri besar sudah bertukar, orang Umno masih ada, kata Ilham Marzuki.

PETALING JAYA: Yayasan Selangor mendakwa agen Umno masih berusaha menganggu pentadbiran Yayasan itu walaupun sudah dibuang sebelum ini.

Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki mendakwa agen Umno terbabit merupakan orang upahan (Datuk Seri) Noh Omar (Timbalan Pengerusi Umno Selangor).

“Walaupun sudah dibuang tetapi masih ada lagi. Macam kerajaan negeri, walaupun menteri besar sudah bertukar, orang Umno masih ada,” katanya ketika ditemui selepas satu majlis yayasan itu di sini hari ini.

Menurut beliau, kontrak beliau sebagai pengurus besar Yayasan Selangor akan berakhir pada 31 Disember depan.

Mengulas perkara itu, beliau menyerahkan kepada pengurusan untuk menentukannya.

Beliau juga menjelaskan, selama lima bulan mulai November lalu beliau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja kerana terbabit dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yayasan Selangor didakwa mengalami kerugian hampir RM8 juta akibat salah urus tadbir.

Bagaimanapun, Ilham mendakwa Yayasan telah membelanjakan wang yang banyak untuk membaiki sekolah dan menaik taraf pusat latihan kem bina semangat.

“Defisit Yayasan hanya RM4 juta tetapi sehingga bulan lalu kita telah mencatat keuntungan sebanyak RM1.7 juta,” jelasnya.

Berikutan kerugian tersebut, beberapa pihak sama ada parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan SPRM supaya menyiasat Yayasan Selangor.

Mereka juga meminta Ilham meletakkan jawatan sebagai pengurus besar Yayasan Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan Ilham berkata, beliau tidak akan membenarkan Yayasan diperalatkan oleh parti politik.

“Ada parti politik menggunakan NGO memohon kemudahan Yayasan untuk aktiviti mereka. Jika untuk pendidikan dan akademik kita akan benarkan,“ katanya.

Beliau menafikan desas desus kononnya Yayasan memberi wang kepada kerajaan negeri Selangor berikutan dakwaan Yayasan memberi sumbangan membiayai beberapa aktiviti kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.-FMT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular