PEPATAH `Susu Dibalas Tuba' yang diperkatakan oleh PERKASA terhadap DAP boleh dijadikan bahan ketawa oleh golongan cerdik pandai. Apa kata jika kaum Cina mengatakan bahawa selama ini kebanyakan mereka hanya mendapat `tuba' bukan `susu'?
Apakah PERKASA ingat di negara ini semua kaum Cina hidup mewah? Mungkin ada beberapa kerat yang dapat `susu' yang terdiri dari kroni-kroni puak tertentu termasuk beberapa taukeh judi yang kaya raya. Mengapa kita perlu sakit hati bila kaum Cina lebih cerdik dari kita berpolitik?
Saya mengulas isu ini setelah membaca laporan yang disiarkan di dalam Malaysiakini, "Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

“Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini. “Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” katanya (Malaysiakini).
Jika kaum Melayu masih ramai yang buta di dalam berpolitik, yang langsung tidak peka kepada untung nasib orang Melayu yang semakin tertekan, masalah harga barang yang semakin tinggi, masalah pendidikan, agama, sosial dan sebagainya maka mengapa kita sakit hati atau dengki dengan kaum Cina yang bijak berpolitik itu? Sepatutnya kita belajar dari mereka bagaimana untuk bersatu meruntuhkan keegoan pemerintah yang tidak peduli akan nasib rakyat? Mengapa kita harus terhutang budi dengan sehelai kain pelekat atau kain batik?
Memang kaum Cina lebih pasif di dalam menunjukkan ke arah mana mereka di dalam politik, sebab itu sukar untuk kerajaan menafsirkan sokongan mereka. Namun demikian, walaupun mereka pasif tetapi akal mereka ligat memikir yang mana satukah parti yang benar dan yang mana satukah parti yang selalu menipu. Berbeza dengan kaum Melayu yang jelas begitu aktif berpolitik dan mudah dibaca arah sokongan mereka. Tetapi, kaum Melayu sering tidak menggunakan akal untuk menilai yang mana benar atau tidak.
Tidak hairanlah amat sukar untuk kita melihat kaum Cina bercerita soal video seks yang kebanyakan kaum Melayu sibuk bercerita di kedai-kedai kopi. Bagi kaum Cina, isu tersebut tidak membantu kehidupan rakyat apatah lagi mereka tahu isu tersebut hanyalah fitnah dan bohong semata-mata.
Ingin saya peringatkan PERKASA agar tidak menyalahkan kaum Cina kerana kebijaksanaan mereka berpolitik, tetapi PERKASA kena selidik mengapa terlalu mudah kaum Melayu diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang kununnya berjuang untuk Melayu ini. PERKASA juga harus buktikan bahawa selama ini kaum Cina yang mana mendapat `susu' dan yang mana mendapat `tuba'. Jika kerajaan sendiri yang memberi `tuba' kepada rakyat, mengapa pula kaum Cina mahu disalahkan?/wfauzdin.blogspot.com