Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 21, 2011

SHAFIE PRESIDEN KETIGA LDP?


Oleh: ABBAS AHMAD

KEGELOJOHAN Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan serangan demi serangan untuk merampas kuasa Ketua Menteri Sabah melalui jalan licik, iaitu ‘mengkeldaikan’ Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan Pengerusi RISDA Holding, Datuk Abdul Rahim Ismail menunjukkan gerak hati dan politik Shafie senang dibaca.


Setelah gagal memberontak dalam isu Mazu dan perlucutan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang menjadi kuota LDP sebelum ini; Chin terus menyerang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas prestasi buruk SUPP sehingga BN kalah di 16 kerusi dalam pilihanraya ke 10 Sarawak 16 April lalu.

Penganalisa politik Sabah, Abdullahsani Haji Abdul Salleh yang melihat kelancangan Chin menyuarakan kritikan secara terbuka di dalam akhbar tempatan hari ini menunjukkan ‘Mesyuarat BN’ bukanlah forum yang sesuai setelah beliau bertindak kurang ajar mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam mesyuarat BN Sabah sedikit masa lalu.

“Walaupun pada dasarnya, Datuk V.K.Liew dipilih secara sah sebagai Presiden LDP, namun Chin telah menjadi Presiden Parti yang diasaskan Tan Sri Chong Kah Kiat dan kini Shafie adalah Presiden Ketiga LDP,” ujar Abdullahsani yang mendakwa Chin semakin lupa jasa BN yang telah memberikan banyak projek pembangunan kepadanya; sama ada melalui adik Shafie, Mohd Yusof; Kroni Shafie seperti Datuk Chris, Freedy Sua dan Wilfred Yong.

Kata Abdullahsani, Shafie telah menyalahguna kedudukannya untuk memberikan 16 Projek NKRA kepada kroninya tetapi kesemuanya disubkontrak kepada Chin sehingga Chin besar kepala dan lupa kepada jasa BN yang memberi beliau peluang saksama.

“Mujur setelah kita bantah, kini semua projek NKRA di bawah potfolio Timbalan Perdana Menteri setelah Shafie memfaraidkan NKRA kepada kroni, proksi dan keldai politiknya seperti Chin,” kata Abdullahsani yang turut kesal kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan terhadap Shafie sekalipun meluluskan projek kepada anak saudaranya yang merupakan Ketua Pemuda PKR Semporna.

Sehubungan itu, Abdullahsani menggesa agar Chin kembali kepada landasan perjuangan dan piagam LDP dan bukannya mengikut telunjuk Shafie yang menggunakan LDP untuk kepentingan peribadi beliau; terutama untuk menyingkir Musa Aman daripada persada politik Sabah.

“Chin patut malu kerana semua projek yang beliau dapat secara tidak sah bukannya hak Shafie sebaliknya hak rakyat Sabah dan adalah tidak wajar jika beliau menembak secara wewenang di atas kekalahan 12 kerusi popular di kawasan majoriti Cina,” kata Abdullahsani yang tidak bersetuju dengan pandangan Chin kerana lazimnya kaum Cina memerlukan pembangkang yang agak kuat tetapi tetap memberi kemenangan kepada BN untuk terus memerintah.

Mungkin tiba masanya, kata Abdullahsani, Chin menubuhkan partinya sendiri atau membawa LDP keluar daripada Gagasan BN sekiranya beliau masih membiarkan lidahnya digunakan Shafie untuk menderhaka kepada BN sedangkan Chin tidak pernah membalas jasa BN selama ini.

Kata Abdullahsani lagi, sikap anarki dan penentangan terbuka Chin tidak boleh dibiarkan sekalipun masih di peringkat awal kerana akan melarat kepada komponen BN yang lain sehingga BN Sabah akan menjadi seperti PBS pada 1994 yang mudah dipecah dan diperintah oleh musuk ketat BN.

“Chin tidak lagi sesuai berada di dalam LDP kerana halatuju politiknya lebih kepada balas dendam dan hasad dengki sehingga melakukan apa sahaja demi untuk melampiaskan dendam terhadap Musa Aman dan BN,” kata Abdullahsani lagi.

Abdullahsani menyifatkan Chin sebagai keldai yang kebingungan setelah garam yang dibawa di dalam guni yang diletak di belakangnya larut ke dalam air ketika menyeberangi sungai yang dalam; manakala VK Liew hanyalah gembala yang tidak tahu bagaimana mahu memberitahu tuan punya garam iaitu Shafie Apdal!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular