
Umno Pulau Pinang terkedu dan kehabisan peluru untuk memperkecil-kecilkan Program warga emas (PPWE) anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun 201, apabila ribuan menyerbu bank untuk menerimanya.
Tahun lepas gegak gempita mereka berusaha mempengaruhi penerima bahawa wang ehsan itu hasil wang judi yang diperolehi kerajaan Pulau Pinang.
Mungkin Umno sedang berfikir untuk mengatakan wang berkenaan tidak sahlaku atau palsu pula tahun ini.

Cawangan bank-bank terpilih telah memberi kerjasama mulai pagi (Sabtu) dan juga esok untuk menyerahkan wang RM100 dan RM1,000 (khairat kematian) kepada waris warga emas yang berdaftar.

Sehingga ini Umno Pulau Pinang juga gagal menyerahkan senarai nama warga emas yang mau menolak pemberian itu. Mengamati tinjauan hari ini, beberapa penyokong Umno juga kelihatan tidak ketinggalan mengambil wang berkenaan.
Pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus warga emas di Pulau Pinang ataupun 114,668 orang.

Bukan wang seratus ringgit yang menjadi nilaian warga emas itu, tetapi penghargaan kerajaan negeri menjadi ukuran keikhlasannya, kata beliau. paspb2