Kemenangan PRN Sarawak telah memberi keyakinan KERAjaan utk menaikan harga PETROL???
Rakyat perlu sedia hadapi penstrukturan subsidi: Tan
Rakyat perlu sedia hadapi penstrukturan subsidi: Tan
JOHOR BAHARU - Rakyat negara ini perlu bersedia menghadapi penstrukturan subsidi berikutan krisis kenaikan harga barangan dan makanan di peringkat global sekarang.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata berdasarkan jumlah tanggungan subsidi sekarang yang mencecah RM14 bilion, kerajaan tidak mungkin mampu berbuat demikian untuk jangka masa yang lama.
"Pada tahun lalu sahaja kerajaan menanggung subsidi barangan kawalan lebih RM10 bilion, tetapi ekoran kenaikan harga petrol jumlah tanggungan tersebut meningkat kepada RM14 bilion tahun ini.
"Berikutan peningkatan harga barangan dan makanan di peringkat global ini,kerajaan tidak mampu menanggung subsidi untuk selama-lamanya dan penstrukturan subsidi perlu dijalankan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tan yang ditemui selepas pelancaran Kempen Penurunan Harga di sebuah pasar raya bagaimanapun berkata tarikh pelaksanaan penstrutukturan itu belum diputuskan, dan jika dilaksana ia akan dilakukan secara berperingkat.
Buat masa ini kajian mengenai penstrukturan subsidi itu sedang dilakukan oleh Makmal Rasionalisasi di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), katanya.
Beliau berkata, apabila dilaksanakan kelak, subsidi hanya akan dinikmati oleh golongan sasar sahaja.
Tan juga menasihatkan rakyat agar berfikir secara rasional apabila penstrukturan subsidi itu dilaksana dan mengambil kira hakikat kenaikan harga barangan berlaku di seluruh dunia.
Mengulas mengenai kenaikan harga makanan dan barangan dunia, Tan berkata, antara faktor penyebab ialah bencana alam di negara pengeluar yang menyaksikan harga produk terbabit meningkat 32 peratus dalam tempoh enam bulan lalu.
Selain itu pertambahan populasi penduduk dunia sebanyak empat peratus berbanding pengeluaran makanan yang hanya dua peratus juga menyumbangkan kepada kenaikan harga barangan.
Tan turut mengingatkan rakyat, kenaikan harga barangan di Malaysia masih lagi terkawal berbanding negara jiran. Sinar Harian
Komen : Saya yakin kenaikan harga petrol akan dilaksanakan "dalam masa terdekat atau setidak-tidaknya akan menjadi kenyataan" memandangkan bulan ni saja (April) sudah ada 4 entri berkaitan dengan "SUBSIDI" dan "KENAIKAN" harga pasaran dunia.
Rujuk di [ SINI ]
terkini 22 April | 18 Jamadilawal :: Rakyat perlu sedia hadapi penstrukturan subsidi: Tan http://bit.ly/hsrZGw