Orang kapai selam bikin perang tapi Malaysia kapal serang buat simpan dalam muzium kah kah kah...
Ini Malaysia memang hebat... nak perang tak payah pakai senjata sebab Malaysia sudah ada tiang bendera tertinggi di Dunia...bendera terbesar di dunia... bangunan berkembar tertinggi di dunia..kah kah kah
Ini semua dunia punya cerita.... kapal terbang luar tak berani masuk ruang udara malaysia sebab takut tersangkut tiang bendera kah kah kah..
Apa lagi yang tak hebat bila dalam muzium pun ada kapal selam kah kah kah...oooo takut oooo kah kah kah..
KUALA LUMPUR: Kapal selam jenis Agosta yang digunakan sebagai latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Perancis akan dibawa pulang ke tanah air untuk dijadikan sebagai bahan muzium, kata Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Katanya, kapal selam itu tidak sesuai digunakan bagi tujuan operasi dan akan dijadikan bahan muzium sebagai tanda simbolik atau ingatan terhadap kemajuan negara dalam bidang pertahanan.
"Agosta akan dibawa pulang ke Malaysia memandangkan khidmat kapal selam terpakai yang dibeli dari Perancis itu sebagai kapal latihan telah tamat.
"Ia dijangka tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut pada Ogos depan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Kapal selam Agosta untuk tujuan latihan merupakan sebahagian daripada kontrak pembelian dua buah kapal selam baru jenis Scorpene - KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak - dari Perancis yang dimeterai pada 2002.
KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 manakala KD Tun Abdul Razak tiba di pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai 2010.
Pada November 2005, Panglima TLDM ketika itu, Datuk Ilyas Din mencadangkan agar kapal selam tersebut yang digunakan dalam siri latihan pelatih kapal selam TLDM di Perancis dibawa pulang ke tanah air sebaik latihan di Brest, Perancis selesai pada 2009. BAN