Saudara Pengarang,
SAYA ingin bertanya kenapa Kampug Mentulud, Beaufort tidak pernah mendapat bekalan air paip selama ini sedangkan kedengarannya sudah ada projek pemasangan paip air sampai ke Wilayah Persekutuan Labuan merentasi kampung ini.
Walaupun sudah menikmati udara mereka selama hampir 48 tahun, tetapi sejak lebih daripada tiga genarasi kami tidak pernah merasa air paip kerana kami hanya menggunakan air hujan, kolam takungan dan kadang-kadang daripada lori tangki yang tidak kami ketahui punca airnya.
Bukan sahaja dibelenggu masalah air paip, penduduk kampung kami juga dinafikan hak untuk mendapatkan jalan berturap kerana selama ini jalan tanah merah berbatu kelikirpun tidak pernah diselenggarakan sejak dibina iaitu sebelum nenek saya lahir sehinggalah beliau meninggal dunia baru-baru ini.
Apakah saya juga akan menerima nasih seperti arwah nenak saya yang tidak pernah merasai air paip dan merasai jalan berturap sekalipun mereka tidak pernah gagal turun membuang undi setiap kali pilihanraya umum?
Semoga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan turun padang memantau pembangunan luar bandar kerana kampung kami terus tercicir sehingga Ahli Parlimen yang kami sayangi menerima kutukan penduduk kampung.
Salam Hormat,