Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 21, 2011

Kelantan Bantah Pusat Jadi Pencelah


Kerajaan Kelantan bantah pusat jadi pencelah kes tuntutan royalti minyak

KUALA LUMPUR: Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan rayuan membantah keputusan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam samannya terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung tuntutan royalti minyak.

Kerajaan negeri juga memfailkan satu lagi rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya saman itu dipindahkan semula untuk didengar oleh Mahkamah Baru Komersial (NCC).

Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar kedua-dua permohonan itu, kata peguam Rishwant Singh, yang mewakili Petronas, kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof telah menetapkan 20 Mei bagi sebutan saman itu selepas menemui beliau bersama peguam Nur Ashikin Abdul Rahim, yang mewakili kerajaan Kelantan, dan Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail, yang mewakili kerajaan pusat, semasa pengurusan kes.

Pada 22 Mac, hakim Zabariah membenarkan permohonan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam saman itu dan juga menjadi defendan kedua.

Manakala, pada 31 Mac, beliau menolak permohonan kerajaan negeri supaya kes itu dipindah semula ke Mahkamah Baru Komersial.

Kerajaan Kelantan mahu supaya kes itu didengar oleh Mahkamah Baru Komersial kerana kes itu pada asalnya didengar oleh mahkamah berkenaan.

Ia kini akan didengar di Mahkamah Baru Sivil.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan berhubung dakwaan melanggar kontrak mengenai pembayaran wang kepada negeri itu bagi hasil minyak berdasarkan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, yang menetapkan bahawa Petronas harus membayar lima peratus dalam bentuk wang tunai daripada hasil minyak, yang diperoleh daripada kerja mencari gali sama ada di darat atau di luar pesisir pantai.

Dalam kenyataan tuntutannya itu, kerajaan negeri memohon perintah supaya Petronas membuat penjelasan penuh dan benar mengenai semua fakta berhubung bayaran yang harus diberikan kepada Kelantan serta tempoh minyak ditemui dan dihasilkan di luar pesisir pantai Kelantan. - BERNAMA 

Sudah jelas bahawa kerajaan UMNO/Bn akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan tuntutan royalti tersebut dengan apa cara sekalipun.

Mereka telah menang pada pusingan pertama apabila Husam mengalah lebih awal untuk tidak menyaman kerajaan Malaysia, sebaliknya hanya menyaman Petronas sebagai defendan tunggal yang mana Petronas telah menandatangani kontrak tapi kemudian pecah kontrak.

Sedangkan langkah awal sebelum pertemuan dengan Petronas, iaitu memasukkan sekali saman ke atas Kerajaan Malaysia itulah yang terlebih tepat.

Benar kerajaan Malaysia tidak ada di dalam perjanjian tersebut, namun tindakan Petronas itu adalah dari pihak yang berkepentingan terhadapnya (stake-holder) iaitu Kerajaan Malaysia sendiri dan Petronas bertindak mengikut arahan Kerajaan Malaysia.

Saya hairan bagaimana Kerajaan Malaysia tidak disaman sehingga akhirnya Kerajaan Malaysia bertenggek menjadi pihak yang mencelah di dalam kes ini untuk membantu Petronas pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular