Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 23, 2011

Strategi Baru Bagi Menghalang Bantahan Rakyat

Panas: Isu Lynas, MB 'Terpaksa' Buat Pertemuan Sulit Dengan 'Pemilik Kilang Gebeng' Untuk Atur Strategi Baru Bagi Menghalang Bantahan Rakyat

KUANTAN, 22 April - Akibat gusar dengan kebangkitan suara rakyat menolak Lynas, maka difahamkan satu pertemuan sulit telah diadakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), dengan beberapa orang pengurus dan pemilik kilang-kilang di kawasan perindustrian Gebeng malam tadi. Menurut sumber, pertemuan diadakan untuk menerangkan kepada pemilik kilang terbabit tentang situasi sebenar isu Lynas sekarang ini. Malahan terdapat laporan "dalaman" mengatakan Adnan dalam keadaan terdesak sekarang. Bantahan rakyat terhadap projek Lynas menyebabkan beliau tidak dapat tidur lena. Lantaran itu beliau terpaksa merayu kepada pemilik kilang-kilang terbabit agar mengajak lebih 28,000 kakitangan mereka menyatakan sokongan terhadap projek berkenaan. Dengan alasan jika Lynas membawa bahaya, sudah pastilah mereka yang bekerja di situ akan mendapat impak terawal radiasi tersebut. Sebelum ini Adnan dengan lantang mempertikaikan bantahan rakyat terhadap isu berkenaan. Malah beliau telah mengugut akan menutup semua kilang-kilang di Gebeng sekiranya bantahan terhadap Lynas diteruskan atau pun kilang itu sendiri ditutup. Beliau menyamakan kononnya kilang-kilang lain juga menghasilkan radiasi bukan sahaja Lynas. Itulah alasan dangkal seorang Menteri Besar Pahang yang bernama Adnan Yaakob. Mentaliti dan tahap pemikirannya mengalahkan "budak-budak tadika". Beliau langsung tidak boleh berfikir secara rasional kenapa rakyat membantah kilang berkenaan didirikan di kawasan terbabit. Apapun, kita tunggu maklumat terkini hasil pertemuan sulit berkenaan. Apakah ada strategi baru yang mahu dibuat oleh Adnan dalam usaha beliau untuk menghalang bantahan rakyat.

[Adnan harus ingat bahawa kilang-kilang lain yang terdapat di Gebeng memang menghasilkan tahap radiasi juga. Namun, kilang berkenaan bukannya membawa masuk bahan mentah yang mempunyai sisa buangan radiaoaktif seperti "rare earth". Jika Kerajaan Australia sendiri tidak mahu kilang memproses bahan terbabit didirikan di negara mereka, maka apakah kewajaran Adnan selaku Menteri Besar membenarkan ia didirikan di dalam negeri Pahang. Adnan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak sekarang, seolah-olah dia tidak tahu apa-apa tentang kelulusan projek itu. Sedangkan sebelum ini dia sendiri mengaku menyokong Lynas selepas mendapat pandangan daripada pihak terbabit bahawa radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang terbabit adalah dengan kadar yang rendah, tidak berbahaya dan selamat untuk rakyat. Persoalannya, mungkin sekarang ia selamat tetapi bagaimana pula pada masa akan datang. Ketika itu Adnan bukan lagi Menteri Besar Pahang. Apakah beliau mahu bertanggungjawab atas kebenaran ini?. Memang kadar radiasinya miniman, namum apabila dihimpun begitu lama bukankah ia akan meningkat dengan mendadak dan membahayakan rakyat. Adnan harus sedar tangungjawab beliau sebagai Menteri Besar. Jangan bertindak bodoh dan sanggup memperjudikan nasib rakyat dengan pelaburan berisiko ini]. - pahangdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular