JASIN: Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan sudah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.
Beliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah terbabit dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.
"Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.
Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini jam 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali.
Ab Rahaman berkata, remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.
Ab Rahaman berkata, pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.
"Pada tahun lalu, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A," katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
ps: Tahniah kepada Melaka.. jadikan anak-anak yang lahir itu sebagai anak angkat kerajaan negeri dan berikanlah mereka didikan dunia dan akhirat yang sebaik mungkin supaya bila mereka besar nanti tak jadi bodoh, tolol, bangang, gila dan sewaktu dengannya seperti makbapak mereka dan kerajaan negeri melaka sendiri.. hahhaaa.. langkah buat sekolah harapan ni gua tak sokong sebab mereka/kerajaan hanya suka mengubat tapi tak suka mencegah.. Bak kata MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT