Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, April 19, 2011

'Datuk UMNO' yang ditangkap Khalwat didakwa hari ini..


Tajuk aku tulis 'Datuk UMNO' pasal bila berita tentang seorang Datuk ditangkap berkhalwat di sebuah Hotel di Batu Feringgi disiarkan oleh TV3 aku telah bertanya kepada beberapa pemimpin UMNO yang aku kenal.. Bila aku tanya siapa Datuk itu.. mereka jawab Datuk UMNO saja pasal mereka pun tidak pasti lagi siapa Datuk itu..


Beliau telah ditangkap oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik. - berita berkaitan sila baca di SINI

Timbalan Ketua Setiausaha KBS didakwa berkhalwat

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan (gambar), 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.


Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.- Berita Harian

Berita sebelumnya dari Lidah Rasmi UMNO..

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini.

Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.

Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan.

Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.- Lidah Rasmi UMNO

darisungaiderhaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular