Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 21, 2011

ini bukan gimik politik


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengagihkan borang permohonan tanah kepada seluruh generasi kedua dan ketiga Felda dalam himpunan besar-besaran melibatkan warga Felda seluruh negara yang akan diadakan pada 28 Mei ini di Jengka, Pahang.

Tegas Mazlan Aliman, langkah tersebut merupakan sebagai persediaan awal Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran 100 hari mereka yang terkandung dalam Buku Jingga.

Janji tersebut adalah untuk membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

"Apa yang disebut (Datuk) Ahmad Maslan kononnya janji untuk menghapuskan Felda Plantation ini gimik politik, saya nak ulangi ini bukan gimik politik.

"Ramai yang bertanya apa persediaan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Jadi saya tegaskan, inilah buktinya kita serius meningkatkan taraf sosio ekonomi 1.6 warga Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Mazlan juga berkata, dalam himpunan tersebut akan ditayangkan montaj perancangan untuk mewujudkan Universiti Felda.

Katanya, perkara ini telah banyak kali dibincangkan dengan kerajaan dan Felda bagi menjimatkan peruntukan Felda yang terpaksa membayar geran kepada universiti swasta lain setiap tahun untuk program kerjasama.

"Kalau syarikat lain ada universiti sendiri, kenapa Felda tidak boleh ada universiti?,” soalnya seperti disiarkan Harakahdaily semalam.

Sementara itu, himpunan warga Felda anjuran Sekretariat Felda PAS Pahang itu akan dipenuhi pendedahan kepada peneroka hak-hak yang layak dituntut.

Himpunan juga berhasrat menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda di samping memperlihatkan bahawa PAS menjuarai isu-isu kezaliman terhadap peneroka seperti isu KPG, wang TTS dan harta pusaka (faraid) yang membawa perbalahan keluarga di kalangan peneroka Felda.

Untuk itu, satu dialog isu-isu peneroka Felda dan janji Pakatan Rakyat Selain itu, memprogramkan generasi muda supaya berkencederungan kepada PAS.

Bagi generasi muda, disediakan klinik permotoran dan demonstrasi pemanduan selamat oleh Yasir Saad selain santai bersama Bob Lokman.

Pada sebelah awal malam akan diadakan kenduri rakyat dan acara kemuncaknya ialah pidato umum semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular