Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, April 19, 2011

Isu cukai tanah UUM, MB Kedah jawab fitnah Khaled Nordin


Sebelum ini Portal Berita Bernama melaporkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menabur fitnah kononnya Kerajaan Negeri Kedah sengaja menaikkan cukai tanah yang dikenakan kepada Universiti Utara Malaysia, UUM sehingga sepuluh kali ganda dan gagal menyediakan bekalan air kepada universiti tersebut sehingga mengakibatkan kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UUM [Bernama].


Di bawah ini jawapan Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan berkenaan fitnah yang dilemparkan oleh Menteri Pengajian tinggi tersebut. Cukai tanah sejak dua tahun lalu sebenarnya telah diberikan pengurangan (rebat) oleh kerajaan negeri Kedah pada masa itu, memandangkan pihak UUM membuat rayuan kerana tidak cukup wang.

Justeru itu kerajaan Negeri membenarkan UUM membayar RM 100,000 lebih bayaran cukai selama dua tahun. Setelah tamat tempoh itu, Kerajaan Negeri Kedah meminta semula jumlah asal bayaran cukai tanah,bukan dinaikkan seperti yang didakwa oleh Khaled Nordin.

Berkenaan masaalah bekalan air pula, ia terletak di bawah tanggung jawab kementerian. Kemudahan bekalan air sedia ada sudah tidak mampu menampung keperluan pelajar UUM yang semakin meningkat dari10,000 orang kepada 30,000 orang. Maka MB Kedah menasihatkan agar sistem kemudahan air sedia ada di UUM agar dinaiktaraf (upgrade).

Menteri Besar Kedah juga membidas menteri tersebut, sekiranya sudah tidak mampu mentadbir Universiti Utara Malaysia lagi kerana sudah tidak ada duit, serahkan sahaja kepada Kerajaan Kedah, supaya Kerajaan Kedah boleh menjaga kebajikan Universiti tersebut. Ambik kau Khaled kah kah kah...

Saksikan sendiri video rakaman kenyataan MB Kedah di bawah ini.


Ada saja akal menteri gerombolan songkok tinggi nak burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

ReJaM© "Hang ingat Kerajaan Kedah gila ka nak bagi penaik harga cukai tanah, dan nak susahkan pelajar UUM? Ada akai pakai bukan dok suka-suka buat fitnah!"

source: milosuam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular