Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 20, 2011

sambutan PAS ganti Umno di Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/ceramahprapgu2.JPG

BESUT - Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Zon Utara Besut/ Setiu "PAS Ganti Umno" (PGU 2) yang diadakan di Dataran PGU, belakang masjid bandar Jerteh, di sini, semakin bersemarak dengan dihadiri oleh puluhan ribuan rakyat dari pelbagai lapisan.

Program yang bermula dengan ceramah Pra-PGU2 pada malam Jumaat 18 Mac merupakan lanjutan dari Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti Umno" di Kemaman pada 15 Januari lalu..

Ceramah Pra-PGU2 (Gambar kiri) yang dibarisi oleh pemidato 'barisan hadapan' Pakatan Rakyat menampilkan Ahli Parlimen Macang, yang juga Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Exco Kanan Keranajaan Kelantan, Dato' Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa PAS Mohamad Sabu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu-hadi2.JPG
Walaupun ia muingkin dianggap sebagai sebagai program 'menghangatkan badan' menjelang hari himpunan PGU2 pada Sabtu 19 Mac, namun ia benar-benar panas apabila ribuan pendengar telah hadir mendengar isu-isu semasa yang dikupas dan diulas oleh ketiga-tiga penceramah yang tidak asing lagi itu.

Pagi Sabtu, walaupun hujan 'penamat musim tengkujoh' membasahkan 'Dataran PGU Besut' namun pertandingan mewarna anak-anak pra-sekolah PASTI dan ketibaan demi ketibaan penunggang-penunggang dari Kelab Motosikal Alternatif (Alternatibe Riding Club - ARC) dari seluruh pelusuk negeri tidak menjadikan acara sesi pagi dingin.

Para hadirin yang berlegar sekitar Dataran PGU Besut tidak merasa menunggu terlalu lama walaupun Majlis perasmian PGU2 yang akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dilangsungkan pada jam 2,30 petang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu-hadi6.JPG
Sebaik tamat kuliah dhuha, seramai tidak kurang 3000 orang anak-anak muda ARC bersiap sedia dengan motosikal masing-masing bagi 'menyogsong' Tok Guru Nik Aziz yang singgah di Pondok Pengajian Pasir Akar, Besut sebelum ke Dataran PGU.

Dalam pada itu, sekitar jam 12.30 tengahari, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah 'turun padang' bersama ribuan rakyat Terengganu dalam program Jamuan Rakyat, menikmati makan tengahari yang disediakan oleh Panitia Induk PGU khususnya tian rumah PAS Besut.

Sebanyak 20 ekor lembu telah 'ditumbangkan' untuk menjadi hidangan bersama lebih 5,000 hadirin pada tengahari Sabtu tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu-hadi5.JPG
Tok Guru Haji Hadi turut bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mahd Abdul Wahid Endut disertai Pengarah PGU2, Dato' Ustaz Hussain Awang, mengagih-agihkan bungkusan makanan kepada peserta PGU2.

Dato' Hussin Awang berkata PGU2 yang diadakan di Besut kali ini berada dalam suasana kebangkitan rakyat terhimpit dengan ketidakadilan, tekanan kenaikan harga barang, amalan demokrasi yang tempang, masalh ekonomi, politik dan birokrasi.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu menyifatkan kehadiran seluruh para peserta ke program PGU 2 merupakan jihad Fisabilillah kerana menentang segala kepincangan tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu-hadi4.JPG
"Saya selaku pengarah program ini mengalu-alukan kehadiran para peserta dan ahli-ahli parti dari Pakatan Rakyat dan hadirin seluruhnya. Semoga ia diganjari debagai amalan jihad Fisabilillah," tegasnya. 

Sementara itu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut selaku Pengerusi Panitia Induk PGU 2, percaya himpunan PGU 2 ini merupakan satu langkah ke arah mencapai kemenangan PAS dan Pakatan Rakyuat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau percaya program kalu kedua ini menjadi lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan PAS Terengganu yang akan mencipta suatu perubahan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu-hadi1.JPG
"Program ini adalah lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan yang kita mula binabagi mencipta perubahan di negeri ini khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

"Ini sudah tentu akan membuahkan satu hasil yang memberangsangkan kepada perjuangan parti kita menuju kemenangan," ujarnya.

Antara pimpinan yang hadir Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Harun Taib, Bendahari PAS Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular